Sabtu, Januari 07, 2012


Bagi orang yang menyokong Si Azmin Ali ni, mungkin diorang akan anggap apa yang dia cakap ni hanyalah satu gurauan.

Tapi secara hakikinya, Si Azmin Ali ni memang ada hati nak dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Si Ketua Penipu tu sebenarnya.

Perkara tu dapat dilihat dengan jelas menjelang tarikh 9 Januari nanti dimana Si Azmin Ali ni kelihatan lebih ke hadapan dalam isu tersebut.

Dia dilihat nak menonjolkan diri dihadapan Si Ketua Penipu tu untuk membuktikan bahawa dia mampu buat kerja dan boleh diharapkan.

Perkara ini juga turut disedari oleh puak - puak yang menyokong Nurul Izzah yang mahukan dia menjadi pengganti kepada Si Ketua Penipu tu dalam PKR.

Namun persoalannya tetap sama. Adakah Azmin tidak layak untuk jadi Perdana Menteri? Jawapannya tidak. Sebab dia sendiri pun GAGAL menjalankan tugas dengan baik.

Lagi pun, Azmin sendiri tidak mendapat tempat dikalangan ahli - ahli PKR sendiri. Ramai yang keluar dari parti tu hanya semata - mata tidak puas hati dengan dia.

Jadi, macam mana dia nak jadi Perdana Menteri sekiranya ahli parti sendiri pun tak percaya pada dia? Itu ahli. Yang kita bukan ahli ni nak percaya jugak pada dia menda jadahnya pulak!!!
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara bergurau bertanya apakah beliau tidak layak menjadi perdana menteri?


Menjawab soalan mengenai spekulasi yang bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan ditarik menyertai Pakatan Rakyat dan menjadi perdana menteri jika Pakatan menang, Azmin (kanan) bertanya: "Anda bersetuju ke jika saya jadi perdana menteri?".



"Ia (Tengku Razaleigh) hanyalah khabar angin. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) telah kata kita telah bincang semua pilihan dengan presiden parti gabungan Pakatan, dan persoalan kepimpinan bergantung kepada setiap parti.



"Kita ada proses dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kita telah bincang semua pilihan dan kami bersedia untuk meneruskan perjuangan. Ia (kemungkinan Anwar disabitkan) bukan satu masalah langsung, ia hanyalah satu isu kecil," kata ahli parlimen Gombak itu.



Ditanya sama ada akan ada perdana menteri sementara jika Anwar dihukum penjara dan Pakatan menang, Azmin berkata, ia telah dibincangkan secara terbuka dengan presiden parti gabungan Pakatan yang lain.



"Keputusan itu akan berdasarkan kepada konsensus dan ini akan diketahui apabila tiba masa yang sesuai untuk diumumkan. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



"Anwar akan jadi PM sama ada beliau dipenjara atau tidak (jika Pakatan menang)," katanya.



Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi PM sementara, Azmin secara bergurau berkata: "Jika anda bersetuju".



"Baiklah, biarlah kita berbincang, pandangan saya tidak penting tetapi pandangan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang relevan.



"Pandangan saya tidak penting (sama ada saya mahu jadi PM sementara). Ia tidak kisah sama ada PM akan datang itu seorang lelaki atau perempuan. Kami tak bimbang, mengapa anda bimbang? Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Azmin.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping