Rabu, Januari 04, 2012


Ramai orang yang tanya Semut mengenai kisah blogger UMNO yang dikatakan telah menyertai DAPigs baru - baru ni. Macam - macam spekulasi dah dikeluarkan.

Diantaranya yang hangat diperkatakan ialah mengenai kerakusan DAPigs nak memerintah Negari Pahang dengan meletakkan calon Melayu sebagai wakil mereka.

Maka sebab itulah nama blogger tersebut didedahkan kepada umum demi untuk merealisasikan impian murni mereka itu.

Hakikatnya, Semut pun tak kenal secara peribadi siapa blogger tersebut. Pernah jumpa pun sekali masa Konvensyen UMNO di Jengka tahun 2010 yang lalu.

Pun masa tu pulak tak de dia cerita apa pun pasal nak mengukuhkan media diperingkat UMNO Negeri sedangkan nama dia tersenarai sebagai salah satu ikon blogger di Malaysia.

Sebelum kita komen selanjutnya mengenai blogger yang juga merupakan bekas ADUN Pulau Manis ni, meh kita baca sikit komen dia terhadap UMNO.

Kata dia, UMNO sekarang ni dah meminggirkan Melayu sehingga menyebabkan Melayu terpaksa meminta sedekah kepada UMNO.

“Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.

“Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu,” katanya.
Kata dia lagi, DAPigs membuka ruang untuk dia menyuarakan perjuangan Melayu kerana parti tersebut lebih demokratik dan bebas berbanding UMNO.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno."
Yang kelakarnya, dia masuk DAPigs. Kenapa dia tak masuk PAS yang jelas dan nyata parti majoriti orang Melayu? Adakah dia buta dan tak nampak yang DAPigs tu sebuah parti Rasis?

Dia kata UMNO ni tak memperjuangkan Melayu. Tapi bukan ke DAPigs sendiri kata yang UMNO ni sebuah parti Rasis kerana hanya memperjuangkan satu bangsa sahaja?

Jadi, atas dasar apa yang dikata UMNO meminggirkan Melayu sedangkan parti yang dia masuk hari ini mengakui bahawa UMNO merupakan pejuang bangsa Melayu?

Jika benar DAPigs sebuah parti yang demokratik dan bebas, kenapa mereka menghalang dan sering mengkritik perjuangan UMNO yang memperjuangkan hak orang Melayu?

Tak ke pelik namanya tu? Lain yang dia cakap, tapi lain pulak yang dibuat oleh DAPigs hari ini. Sejak bila pulak DAPigs memperjuangkan bangsa lain selain dari bangsa sahaja?

Persoalan itu sahaja tidak mampu dijawab oleh pemimpin DAPigs. Inikan pulak nak dijelaskan oleh orang yang seperti blogger dia ni.

Adakah DAPigs merupakan satu platform yang baik untuk memperjuangkan hak orang Melayu? Bagaimana pulak dengan parti - parti lain dalam Pakatan Pembangkang?

Adakah PAS sebangsat itu sehingga dia enggan menjejakkan kaki menyertai parti tersebut? Ianya jelas merupakan satu tamparan hebat kepada PAS juga secara tidak sengaja.

Penyertaan blogger tersebut didalam DAPigs menjelaskan bahawa PAS juga turut GAGAL berjuang dan menyuarakan keperitan orang Melayu secara umumnya.

Jangan nanti dia menangis berair mata darah sebab turut meminggirkan hak orang Melayu dalam parti yang dilabelkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai sebuah parti Ultra Chauvinis sudah la!!! Mati hidup semula pun belum tentu DAPigs akan memperjuangkan Melayu!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Lantak pi dia lah. Dia dah senang hasil perjuangan UMNO, skrg bolehlah kutuk2. Tanya dia, dia pi belajar dulu bawah biasiwa Bumiputra ke?

    Nurul sekadar boneka Azmin? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Kalau dengan PAS mana boleh masyukkk..dengan DAP minta je berapa..udah tentu masyukk lebat..memang dah dasar melayu sekor ni mata duitan..kalau betul dia perjuang rakyat dah tau umno tak betul kenapa dia didalam pertubuhan tersebut tidak betulkan..tapi yang nyata dia dah tau sokongan dan kepercayaan ahli umno terhadapnya dah terhakis..so kena cari dahan yang rinbun untuk berteduh..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping