Dalam diam, peperangan diantara Nurul Izzah dan Azmin Ali dalam merebut penguasaan kempimpinan PKR semakin ketara.
Ianya jelas dilihat walaupun kita duduk di bulan. Tapi apakan daya. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni mana nak mengaku.
Meh kita baca taktik Si Azmin Ali ni memburuk - burukkan imej Si Nurul Izzah yang didedahkan oleh blogger Apa Kecoh hari ni.
Tapi kita tak perlu pelik sangat dengan permainan 'main belakang' dan memburuk - burukkan orang ni ye tak. Diorang memang pakar dalam bidang ni. Lagi pun itu je kerja yang diorang tau buat. Bukan diorang tau buat kerja lain pun!!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Kadang-kadang kasihan juga aku tengok Nurul Izzah ni. Dia ni beria-ia nak tonjolkan diri sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tapi rupanya cuma jadi boneka kepada orang lain. Boneka Papa Perut Buncit sudah pasti. Tapi dalam diam-diam, Azmin Ali pun juga ambil kesempatan perkudakan Nurul Izzah! Kesian Nurul, lunyai dikerjakan kawan-kawan dalam Pakatan Haprak.
Baru-baru ni, kem Azmin sebarkan surat layang minta ahli PKR bantah usaha Nurul Izzah untuk bawa Zaid Ibrahim kembali ke PKR. Kita semua tahu bahawa Zaid memang seteru kuat Azmin semasa pemilihan PKR dulu. Pemilihan yang akhirnya dimenangi oleh Azmin setelah pelbagai taktik kotor diguna dengan restu godfather PKR, Papa Perut Buncit. Kita juga tahu, Zaid merupakan sekutu rapat Nurul Izzah semasa pemilihan tersebut.
Jadi, bila wujud ura-ura kononnya Nurul Izzah nak bawa Zaid kembali ke pangkuan PKR, maka Azmin pun tak senang duduk. Tapi sebagai pakar taktik kotor, Azmin tak duduk diam. Terus disebarkan surat layang yang memaksa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menafikan hasrat awalnya untuk membawa Zaid kembali ke PKR.
Ketawa besarlah si Azmin. Dengan cuma menyebarkan surat layang, dia terus dapat menutup laluan Zaid kembali ke PKR sekaligus merenggangkan hubungan Nurul dan sekutu kuatnya Zaid. Mudahnya Nurul diperkotak-katikkan.
Dan baru-baru ini, Nurul membuat pengakuan kepada sekutunya dalam PKR bahawa pendedahan mengenai kononnya wujud pengundi bernama Balai Polis Kerinchi sebenarnya didesak oleh Azmin. Nurul sendiri kurang selesa untuk membuat pendedahan sensasi berkenaan kerana beliau sudah tahu bahawa ianya sekadar kesilapan teknikal di mana nombor kad pengenalan bagi pengundi berkenaan ialah kad pengenalan seorang anggota polis, cuma berlaku kesilapan perkeranian di mana nama balai polis beliau bertugas diletakkan di ruangan nama.
Jadi bila SPR dengan mudah menjelaskan mengenai kesilapan berkenaan, maka Nurul kembali ditempelak orang ramai. Inikah kualiti pemimpin yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia? Isu-isu remeh diperbesar-besarkan? Mengapa tidak disemak dengan SPR terus perkara itu sebelum memalukan diri sendiri dengan membuat kenyataan yang menjerat diri?
Maka sekali lagi Azmin ketawa besar kerana kredibiliti Nurul yang sememangnya sudah tercalar makin menjunam jatuh. Azmin sebenarnya memang memandang Nurul sebagai saingan dalam PKR. Setelah Zaid disingkirkan, maka nama Nurul semakin kuat diwar-warkan sebagai bakal pengganti Papa Perut Buncit untuk menerajui PKR. Sudah tentu Azmin tidak senang dengan suasana ini. Azmin kan Timbalan Presiden, takkanlah dia mahu tunduk kepada budak hingusan yang cuma menjadi heroin atas dasar anak kepada Anwar Ibrahim?
Maka, tahniah harus diucapkan kepada Azmin Ali. Beliau bijak mengatur strategi, menikam Nurul dari belakang. Kedudukan Azmin makin kukuh, manakala kedudukan Nurul makin goyah. Teruskanlah bersenang-lenang di persada PKR, Azmin. Teruskanlah menjadi boneka, Nurul!! - Sumber Apa Kecoh - Kecoh
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.