Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan PKR untuk meneruskan demonstrasi "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Januari ini dibuat kerana bagi parti itu suasana aman adalah satu "liabiliti" kepada mereka.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi PKR, suasana porak peranda dengan membangkitkan perasaan marah dan benci menerusi provokasi terhadap orang ramai, adalah keadaan yang membolehkan agenda peribadi individu tertentu terlaksana walaupun ini ditentang pelbagai pihak.
"Kita tahu ini agenda peribadi, saya tidak mahu cakap lebih daripada itu. Yang penting banyak pihak sudah menyatakan bantahan kerana tidak mahu hal sebegini timbul dan mahu supaya negara kekal dalam keadaan yang stabil.
"Tapi suasana aman dan tenteram itu satu liabiliti bagi dia. Dia nak porak peranda, ada huru-hara dengan cara membangkitkan semangat marah, benci dan provoke orang ramai supaya sama-sama terlibat dalam kegiatan seperti itu," katanya mengulas hasrat PKR meneruskan demonstrasi walaupun dikecam pelbagai pihak.
Demonstrasi itu dibuat sempena penghakiman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin depan yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin berkata laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak berhubung demonstrasi itu bukan satu perkara remeh, sebaliknya perlu diberi perhatian serius.
Beliau berkata pimpinan PKR perlu lebih bertanggungjawab dan menunjukkan contoh terbaik dengan menghormati proses undang-undang, bukannya mengajak rakyat menentang pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang.
"Ini tertib amalan yang harus dilakukan, jangan kita bersikap sombong, angkuh macam nak menentang pihak berkuasa, tidak menghormati undang-undang walaupun dalam peringkat yang lain mereka melaungkan soal ketelusan undang-undang, integriti, cara berbuat sesuatu yang boleh membangunkan negara, tetapi dalam hal lain janganlah lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan," katanya.
Muhyiddin berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR sudah membuat andaian awal keputusan seolah-olah sudah tahu apakah hukuman yang akan dibuat oleh mahkamah."Ini satu sangkaan buruk yang bagi kita sebagai orang Islam adalah sesuatu yang kita tidak harus lakukan," katanya.
Ps: Memang betul sangat la tu. Puak - puak PKR ni memang tak boleh duduk diam. Diorang memang suka buat kecoh tak tentu pasal. Kalau duduk diam, mau mati kutu dibuatnya.
Itu pasal la diorang tak nak Si Ketua Penipu tu masuk penjara. Kalau dah masuk penjara, Si Ketua Penipu tu tak boleh buat kecoh. Dia kena duduk diam - diam.
Lepas ni, kalau diorang memerintah, acara buat kecoh dan berdemonstrasi ni akan diadakan secara minggu. Jadi, tiap - tiap minggu rakyat boleh buat demo ditengah jalan.
Dan memang itu je la kerja diorang pun!!! Nak tolong rakyat, diorang bukannya reti. Kalau suruh buat kecoh macam ni, pandai la diorang. Lepas tu menipu rakyat. Itu je la yang diorang tau buat!!!!
Published with Blogger-droid v2.0.2
Tuan,
BalasPadamDepa ini,
Ada mata,tak melihat:
Ada teliga tak mendengar:
Ada otak,aqal tidak digunakan:
ADA KAH MASUK aqal, maki hamun polis,maki hamun mahkamah,caci hakim,caci undang undang-- TAPI DEPA report balik kat polis tu juga,minta polis tu juga siasat,minta mahkamah tu juga bicara,minta hakim tu juga buat hukum dan semuanya diMALAYSIA!....
Kalau ini tidak sifat sasau, tak jauh dari gila gamaknya....
BEBASKAN ANWAR DARI apa?...dia dok kesana sini,tiada halangan....dia kutuk dan malukan malaysia merata,tapi mai balik,dia tak kena kurung pun....
DAN TERIMA ELAUN DAN GAJI DIA SEBAGAI MP DAN WAKIL RAKYAT di MALAYSIA TIAP TIAP BULAN!..
KALAU KEMPEN JANGAN BIAR ANWAR BEBAS.. baru betui....
TETAPI POLIS DAN TENTERA DAH JAGA MALAYSIA SEJAK 1957...dah rami yang mati terkorban dan cacat akibat mempertahankan MALAYSIA.
DAH BERAPA ORANG PKR yang dah mati atau cacat lawan polis dan tentera? yang pecah pungkok ada la...
JANGAN CABAR POLIS DAN ATM!!, JANGAN, JANGAN DAN JANGAN!. ....
mereka dilatih mengalahkan,menangkap mencederakan dan kalau perlu mematikan orang!
Kalau student dengan pencapaian yang tidak cemerlang,menempek duit PTPTN dan biasiswa dan ibu dan bapa jadi penjamin,mengaji di akademia yang dibina dan dibuat untuk bangsa melayunya oilh kerajaan yang dicaci dan dimaki, tok sah laa hampa nak tunjuk garang dan gigi siong.....buat orang gelak dan hampa malu,keluarga malu serta kecewa dan ada yang tidor atas katil simen!..
ELOK hampa pergi ramai ramai ke gaza atau palestin,lawan yahudi disana!!..BERANI TAK?.
ab
KES anuar brahim, cuma hakim izrael (malaikat cabut nyawa) yang bolih bagi keputusan. selagi dia bernyawa akan diteruskan ajenda jahat dan sewelnya. hakim putuskan dia tak bersalahpon tetap disalahkan hakim tersebut dan sikitpon tiada rasa keinsafan pada dirinya.
BalasPadam