Wakakaka!!! Hari tu beria - ia benar dia kata yang dia takkan bagi komen pasal pendedahan yang dibuat oleh Si Raja Tikus tu.
Tapi ternyata, Si Ketua Penipu ni memang tak boleh duduk diam bila 'Ponggong' dia di 'sontot' dek Tikus tu baru - baru ni.
Dan hakikatnya memang jelas. Belum pun dia disumbat masuk ke dalam Penjara Sungai Buloh, macam - macam spekulasi mengenai parti dia dah keluar.
Yang paling menarik perhatian ialah mengenai perebutan tampuk kuasa didalam PKR tu sendiri yang melibatkan Si Nurul Izzah dengan Azmin Ali.
Sampai hari ni, Si Azmin Ali masih lagi terkancing mulut mengani isu surat beracun yang disebarkan melalui internet memburuk - burukkan Nurul Izzah.
Malah taktik jahat tahap Gila Babi juga turut dikesan melalui tindakan Azmin memerangkap Si Nurul Izzah dengan isu pengundi hantuinya tempoh hari.
Kelibat Si Azmin juga turut dilihat semakin menyerlah tatkala menjelang hari keputusan kes liwat Si Ketua Penipu tu. Tiba - tiba je dia bersuara.
Sebelum ni tak pernah pulak dia beria - ia nak kumpul penyokong bagi menandakan sokongan kepada Si Ketua Penipu tu.
Dah banyak insiden yang berlaku. Dari Majlis Angkat Sumpah Datuk Eskay, sampai la ke Perhimpunan Bershit 2.0, Si Azmin Ali ni tak pernah keluarkan suara.
Tapi lain pulak kali ni. Mungkin sebab dia rasa orang lain dah tak layak dan tak mampu nak buat, jadi terpaksa la dia sendiri turun padang.
Itu pun demi menunjukkan kepada Si Ketua Penipu tu yang hanya dia sahaja yang layak untuk memimpin PKR. Taktik tu semua orang dah tahu.
Dan mungkin sebab RPK turut membabitkan Azmin Ali tu serta memburuk - burukkan imej dia didalam akhbar Utusan, maka terpaksa la Si Ketua Penipu tu bersuara.
Si Ketua Penipu tu memang sayangkan Azmin lebih daripada anaknya sendiri. Maklum la. Anak Buah Kesayangan. Itu pasal la dia jadi 'Panas Bontot'!!!
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang menggunakan media pro kerajaan untuk menyerang peribadinya.
“Saya selalunya tidak komen serangan di saat Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum 2008 kerana akan muncul orang dan dakwaan baru dikemukakan secara sindiran dan menggunakan media kerajaan,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Pakatan di ibu pejabat PKR, di sini.
Anwar berkata, walaupun sudah mengenali Raja Petra selama sepuluh tahun, penulis blog itu didakwa tidak pernah tampil bersemuka untuk membincangkan isu yang dibangkitkan baru-baru ini.
Saya mengenalinya lama dan beliau tidak pernah menyebutnya. Beliau mulai aktif sejak di penjara. Saya berterima kasih padanya kerana banyak membantu.
“Tetapi beliau tidak bersedia ke penjara dan akhirnya melarikan diri ke London. Setakat itu sahaja. Sejak beliau menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Sarawak, enam bulan lalu, saya tidak berhubung dengannya,” katanya.
Beliau mengulas pendedahan Raja Petra dalam wawancara eksklusifnya di akhbar arus perdana, baru-baru ini.
Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.