Sejak akhir - akhir ni, ramai orang yang mengajukan soalan, "Bila tarikh Pilihan Raya Umum bakal diadakan?"
Setakat ini tak orang pun yang boleh nyatakan dengan tepat bila tarikh sebenar Pilihan Raya Umum kali ke 13 bakal diadakan.
Kalau ikut pendapat Si Ketua Penipu tu, lansung tak boleh pakai. Dia boleh ubah - ubah tarikh tu ikut suka hati mak bapak dia je.
Dulu dia kata bulan Jun 2011. Lepas tu dia tukar pulak ke bulan Julai. Tak jadi bulan Julai dia kata bulan Ogos, time semua orang tengah puasa.
Macam tu la seterusnya sampai la baru - baru ni dia kata PRU akan dibuat selepas keputusan kes liwat dia terhadap Mohd Saiful didedahkan.
Itu pun belum tentu lagi betul ke tidak apa yang dikatakan oleh Si Ketua Penipu ni. Maklum la. Dah nama pun Ketua Penipu ye tak. Apa lagi yang dia tau buat selain dari menipu.
Tup - tup, dalam program Penerangan yang diadakan di Kuantan hari ni, Ketua Penerangan UMNO Malaysia sendiri dedahkan bila PRU akan diadakan. Meh dengar bila tarikh PRU ni:
Dalam erti kata mudahnya, PRU akan diadakan paling lewat April tahun 2013. Kalau tak buat pun, Parlimen akan dibubarkan secara automatik.
Jadi, tak payah la susah - susah kita nak semak kepala memikirkan bila tarikh PRU ni. Baik buat je kerja tu untuk rakyat. Ada jugak faedahnya.
Jangan jadi macam Pakatan Pembangkang tu sudah la. Diorang bukan tau nak membantu rakyat. Yang diorang tau menipu je!!! Itu je la kerja yang diorang tau buat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.