Selasa, Januari 31, 2012


Ini mungkin cerita lama. Tapi memandangkan dalam keadaan sekarang, isu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam Bible ni masih menjadi persoalan.

Dalam dok Semut merayap malam semalam, ada jugak timbul cerita pasal YB Dato' Hamidah ni kena saman pasal satu artikel yang pernah dikeluarkannya.

Saman tu pulak dibuat atas sebab gambar yang turut disiarkan bersama - sama dengan artikel tersebut yang menggambarkan Si Khalid Gereja tu berpakaian seperti seorang paderi.

Memandangkan blog YB Dato' Hamidah ni dah ditutup, jadi korang boleh baca apa yang ditulisnya dibawah ni.

Bersatulah Umat Islam Untuk Kali Ini


Tahun baru ini bermula dengan episode yang menyedihkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald The Catholic Weekly boleh dianggap sebagai penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain.

Masalah itu berpunca daripada sikap umat Islam sendiri, perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini menyebabkan penganut agama lain secara terang-terangan berani mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Pemimpin politik yang berkuasa dan mempunyai pengaruh masih lagi tidak sedar dan insaf, kebarangkalian pada masa akan datang penganut agama lain untuk terus mengambil kesempatan adalah terlalu besar.

Kalimah Allah merupakan sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran yang pada setiap masa tanpa sebarang kompromi tidak boleh dikongsi oleh mana-mana pihak selain penganut Islam. Menariknya Istilah ‘Allah’ sememangnya tiada dalam 'kamus kitab' agama lain dan jika masih ingin digunakan, ia membawa maksud untuk mempermain-mainkan kesucian kalimah ini.
Seterusnya, korang boleh klik pada link yang Semut sediakan dibawah ni nanti. Persoalannya sekarang, kenapa Si Parasit Khalid Gereja tu nak saman pulak?

Adakah artikel tersebut merujuk kepada Si Parasit Khalid Gereja tu secara lansung? Ada tak dia sebut nama Si Parasit Khalid Gereja dalam artikel tu?

Mungkin Si Khalid Gereja tu tak sedar yang tindakan dia tu sekadar membenarkan dakwaan yang dia memang menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible.

Jadi tak heran la kenapa dia lansung tak bising - bising sewaktu isu pemurtadan di DUMC hari tu. Sebaliknya, dia pertikai tindakan JAIS dan Hassan Ali ke atas pusat tersebut.

Adakah ini yang dikatakan sebagai perjuangan Islam dalam PAS hari ini? Benda dah terang - terang berlaku depan mata pun diorang boleh tutup, nak perjuangkan Islam menda kejadahnya lagi!!!

Ps: Pendedahan seterusnya, sila klik kat sini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping