Ahad, Januari 22, 2012


Wah!!! Tak sangka pulak. Sejak dia dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor tahun lepas, Si Khalid Gereja ni dah dapat 'Mukjizat' baru.

Kononnya, kata Si Khalid Gereja ni, PAS kini diberikan kemampuan untuk menyahkan parasit dari menjadi ahli dalam parti mereka.
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.


Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.



Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.



"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal.



"Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran," katanya sambil menambah, "kali ini dia lajak lebih jauh lagi, maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau."
Jika benar, pemecatan Hassan Ali itu dikatakan sebagai satu tanda ketentuan Allah S.W.T, kenapa PAS tidak mahu mengambil iktibar daripadanya?

Adakah apa yang dinyatakan oleh Datuk Dr. Hassan Ali tu semuanya tak betul belaka? Atau adakah PAS terlalu maksum untuk diberikan sebarang teguran?

Mungkin kerana mereka terlalu maksum tu la yang menyebabkan diorang dapat 'Mukjizat' untuk menyahkan parasit ni ye tak.

Adakah dia sendiri tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan sehingga menganggap orang lain je yang ada cerita lampau?

Ahli PAS kena ingat bahawa Si Khalid Gereja ni merupakan diantara pemimpin Islam yang menentang penarikan jualan arak dikawasan majoriti Melayu.

Dia juga turut menentang cadangan agar pekerja muslim berhenti bekerja di premis - premis yang menjual arak tak lama dulu.

Selain itu, dia juga turut menyokong penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada perkataan 'God' yang terkandung dalam kitab bible.

Malah, Si Khalid Gereja ni juga turut membantah tindakan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC tempoh hari walaupun didapati gejala murta ni memang berlaku disitu.

Yang paling menarik sekali ialah apabila Si Khalid Gereja tu sendiri takut nak tulis nama Datuk Dr. Hassan Ali dalam penulisannya.

Kenapa dia takut sedangkan individu yang dia maksudkan tu memang mengambarkan Hassan Ali sendiri. Nak tegur, tegur je la. Yang jadi penakut sangat ni kenapa!!! Orang lain Berani Kerana Benar!!! Bukan pengecut macam dia!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping