Jumaat, Januari 20, 2012


Hehehe.... Kesian pulak Semut tengok Si Khalid Gereja tu bila dia dengar cerita ni. Dia ingat selepas Hassan Ali dipecat, dia boleh la buat sesuka hati dia.

Walaupun Hassan Ali digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor, tetapi dia masih lagi Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Kuasa Hassan Ali sebagai Timbalan ni pulak termasuk menjaga soal tauliah, isu mustad dan ajaran sesat. Jadi tak boleh jugak la Si Khalid Gereja tu nak mengarut kat dalam Masjid atau pun surau!!! Hahaha...
PETALING JAYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.
Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.
“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.
Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Pelantikan AJK masjid dan surau
Sementara itu, Mohamad Adzib berkata Hasan Ali juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.
Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan yang memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor pula dipegang oleh Datuk Emran Kadir.
“Dalam Mais, Hasan Ali masih kekal memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah manakala Emran memegang Pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Penguatkuasaan.
Ini termasuklah mengawal dan mengambil tindakan aktiviti memurtadkan orang Islam, ajaran sesat, mengajar tanpa tauliah di masjid dan surau,” jelasnya.
Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hasan Ali bakal dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan. - FMT
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. lega rasa... suara hasan ali masih bergemuruh sepeti halintar.... terus kan tok... jangan mundur...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping