Peluang duduk berbual dengan rakan - rakan baru di kawasan Indera Mahkota hari ini banyak membuka minda tentang masa depan Pakatan Pembangkang disini.
Sepertimana yang kita ketahui, Parlimen kawasan Indera Mahkota ni dikuasai oleh Azan Ismail dari Parti Kencing Rakyat.
Memandangkan sekarang ni, Si Azan tu dah lari ke Terengganu akibat berpatah arang dengan Si Fauzi Pendek, boleh dikatakan kerusi IM ni menjadi rebutan dikalangan mereka.
Ramai yang tertanya - tanya, adakah Si Azan Ismail tu akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?
Bagaimana mungkin dia akan terus bertanding di kerusi tersebut sedangkan kini dia menjadi Pengerusi PKR di Terengganu? Tak logik lansung.
Jika betul dia nak mempertahankan kerusi tersebut, kenapa dia sanggup terima jawatan sebagai Pengerusi PKR di Negeri Darul Iman tu dan mengabaikan rakyat dikawasan dia?
Desas desus mengatakan yang kerusi Indera Mahkota tu akan diambil alih oleh Si Fauzi Pendek selaku orang kuat Si Ketua Penipu tu di Pahang.
Mungkin sebab ini jugak la Si Azan Ismail tu tak nak lepaskan kerusi tersebut kepada Si Fauzi Pendek ni. Sebelum ni pun dia memang 'berbulu' dengan Si Fauzi ni.
Kita juga sedia maklum yang ADUN PAS Beserah tu kata dia lega jika nama dia tidak lagi dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Kata dia, dia nak bagi laluan kepada orang muda untuk mengambil alih tempat dia dalam PRU ke 13 nanti.
Ada juga orang dengar cerita yang sekiranya Si Fauzi Pendek tu nak bertanding, dia akan turut bertanding di DUN Beserah.
Perkara ni timbul berdasarkan kemahuan Si Fauzi Pendek tu nak jadi MB Pahang jika mereka berjaya merampas Negeri Pahang kelak.
Ada jugak orang kata Si Fauzi Pendek tu memang ada pengikut - pengikut setia yang nakkan dia bertanding untuk kedua - dua kerusi tersebut.
Kalau betul la apa yang Semut dengar, nampak sangat la yang Si Fauzi tu rakus sebab nak bolot semua kerusi yang ada di Indera Mahkota ni. DUN pun dia nak, Parlimen pun dia nak. Memang patut sangat la Si Azan Ismail tu berbulu je dengan dia!!! Sebab dia Gila Kuasa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.