Selasa, Januari 17, 2012


Rasanya semua orang tahu apa dia yang digelarkan sebagai Parasit ni. Ianya sejenis mahkluk yang mengambil kesempatan diatas kehidupan mahkluk lain.

Sama la macam Si Ketua Penipu tu. Dia pun memang suka ambik kesempatan diatas kehidupan orang lain demi memastikan diri dia dapat meneruskan kehidupan.

Macam tu jugak la dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Diorang pun sebenarnya menumpang populariti Si Ketua Penipu tu untuk memegang kuasa.

Padahal diorang tak sedar yang diorang tu hanya dipergunakan oleh Si Ketua Penipu tu demi kepentingan dia je sebenarnya.

Tapi memang kena sangat la tu. Ibarat macam Si Penyamun tipu Si Penyangak. Tinggal lagi Parasit dalam PAS ni tak dibenarkan bercakap. Kalau bercakap, nanti kena pecat!!!
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.


Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas. Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu.



Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau.

Menurutnya, segala nasihat yang diberikan oleh Nik Aziz akan menjadi panduan utama dalam perjuangan beliau pada masa hadapan.


"Saya hormati Nik Aziz sebagai tok guru, beliau suruh tutup mulut, semua orang perlu tutup mulut, termasuk orang yang bercakap itu sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Nik Aziz agar beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengkritik dasar parti.



Kelmarin, Nik Aziz menegaskan tindakan Hasan terus membuka mulut dan bercakap secara terbuka, menunjukkan seolah-oleh beliau tidak cerdik dalam membuat keputusan.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. kenal pasti siapa IRC? JIM? dalam PAS yang menjadi parasit ,..

    DR Hassan kenal semua budak2 tu,..

    BalasPadam
  2. parasit ni mungkin anggota pas dari golongan yang bukan ulamak.ulamak dalam pas cuma 28% saja.72% bukan ulamak.mereka ini berkemungkinan dulunya melanjutkan pelajaran kenegara barat.macamana nak tubuhkan negara islam kalau memrintah nanti sedangkan dinegara barat bukan ada belajar ugama.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping