Selasa, Januari 10, 2012


Semalam hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menjelaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik dalam kes liwat yang dibawa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika menyampaikan keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi itu berkata: “Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh [Anwar Ibrahim] oleh itu, dibebas dan dilepaskan.”– Sinar Harian (9 Jan 2012)

Pada tahun 1994 pihak pendakwa raya tidak mengenakan caj statutory rape(mengadakan hubungan sulit dengan budak bawah umur) terhadap Abdul Rahim Tamby Chik – yang ketika itu ketua menteri Melaka – atas alasan tidak cukup bukti.

Sekiranya mahkamah hari ini keberatan untuk menyabit Anwar hanya dengan berdasarkan cerita Saiful, maka mungkin juga pendekatan yang sama dipakai dalam kes individu-individu lain yang membuat aduan.

Sememangnya pendakwaan jenayah seks perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.Pada 28 Feb 1995, Lim Guan Eng dikenakan dua caj di mahkamah bersangkut dengan tuduhan-tuduhan yang dibuatnya terhadap Rahim.

Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan iaitu menyebut perkataan menghasut bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam negara.

Kecenderongan menghasut juga ditakrif sebagai “mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan”.

Pada 17 Mac 1995, Guan Eng dikenakan satu lagi caj di bawah Seksyen 8A (1) Akta Penerbitan dan Pencetakan atas tuduhan mencetak risalah yang mengandungi maklumat palsu.

Guan Eng telah menggambarkan gadis yang terbabit sebagai “mangsa yang dipenjarakan” (‘imprisoned victim’).

“The Tan Sri Rahim Tamby Chik sex scandal. Wither justice and women’s rights. Victim imprisoned, criminal free”, kata risalah yang diedarkan.

Pada hakikatnya gadis tersebut bukan ‘dipenjarakan’ tetapi ditahan di pusat pemulihan akhlak mulai Ogos 1994. Itupun dengan keredhaan dan izin bapanya.Mengikut butir-butir yang terkandung dalam suatu kenyataan akhbar oleh Pendek binti Ahmad – iaitu nenek kepada gadis tersebut – cucunya ditiduri 14 orang lelaki.

Namun hubungan seks dianggap rogol sekiranya si pelaku seorang remaja bawah umur. Seterusnya pada 2 Nov 1999, gadis tersebut membuat satu kenyataan menafikan bahawa beliau pernah mempunyai hubungan sulit dengan Rahim pada tahun 1994.

Gadis itu bersuara setelah Anwar mengungkitkan namanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Okt 1999, mengikut keterangan yang diberi Pendek binti Ahmad.

Guan Eng dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan untuk kesalahan di bawah Akta Hasutan dan 18 bulan lagi untuk kesalahan di bawah Akta Penerbitan dan Pencetakan tetapi dengan syarat kedua-dua hukuman itu dilaksanakan serentak.

Pendedahan seterusnya, klik kat sini.

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping