Selasa, Januari 10, 2012


Tak sangka. Banyak sungguh implikasi yang menimpa berikutan keputusan mahkamah terhadap kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful semalam.

Mahu atau tidak, media - media asing terpaksa memberikan pujian kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, keputusan mahkamah membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat mencerminkan dengan baik kebebasan badan kehakiman Malaysia.
"Kami sambut baik penyelesaian kes yang telah berjalan lama, yang kami ikuti dari dekat,” kata kenyataan dari pejabat jurucakap jabatan itu, yang dikeluarkan menerusi kedutaan AS di sini hari ini.
Ia menyatakan keputusan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada masa depan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA
Perkara ini yang merunsingkan puak - puak Yahudi yang kuat menyokong Si Ketua Penipu tu selama hari ini. 

Hasrat mereka untuk menghuru - harakan negara ternyata GAGAL buat sekian kalinya. Inilah akibatnya kalau ada niat yang tak baik. Allah S.W.T tidak akan meredhainya!!!
Keputusan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagaikan satu pukulan kuat di kepala bukan sahaja bagi musuh-musuhnya tetapi juga bagi penyokong-penyokongnya.
Ia merupakan satu pengakhiran yang anti-klimaks apabila semua penyokongnya sudah bersedia memulakan huru-hara dan bercakap secara terbuka mengenai ‘pertumpahan darah’ ala Libya jika Anwar ke penjara.
Beberapa minggu kebelakangan ini, media-media barat juga, begitu aktif memfokuskan kepada Malaysia, memberi isyarat akan akibat yang negara ini mungkin hadapi jika Anwar dipenjara kerana meliwat.  Mereka menegaskan bahawa liwat bukanlah satu jenayah kerana ia adalah sebahagian dari hak asasi manusia untuk mempunyai keinginan seks songsang.
Media-media barat ini secara langsung menghentam undang-undang berlandaskan Islam dan hukum alam.
Anwar, dalam kenyaataannya berkata bahawa keputusan mahkamah itu pasti ada kena mengena dengan tekanan antarabangsa – dalam ertikata lain mengakui hubungan eratnya dengan para pemimpin neo-con dan dirinya adalah pemimpin boneka pilihan mereka.
Saiful Bukhari, mangsa dalam kes liwat Anwar dalam kenyataannya pula menyatakan yang dia tenang menerima keputusan, yakin dan tawakkal kepada apa saja takdir Allah ke atas dirinya.  Bagaimanapun, dia juga berharap agar kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Rakyat Malaysia pasti punya banyak untuk diperkatakan mengenai kes ini tetapi satu perkara yang pasti ialah kita semua merasa gembira kerana negara kekal aman untuk sedikit masa lagi kerana Anwar tidak ada alasan lagi untuk memulakan huru-hara atau menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping