Ahad, Januari 22, 2012

"Isu Rumah Urut??? Aaa...Tutup Mata Je La!!!"
Belum apa - apa lagi, Si Khalid Gagap ni dilihat tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan amanah menjaga Hal Ehwal Agama seperti yang diharapkan.

Sebabnya semua orang tahu. Pemimpin PKR ni diorang bukan ambik peduli sangat pasal benda lain. Tak kira la sama ada perkara tu benar atau tidak, diorang sanggup gadaikan.

Semuanya dilakukan semata - mata demi kepentingan Politik mereka sahaja. Jadi, benda Haram pun sanggup mereka Halalkan. Janji diorang dapat undi.

Rakyat cukup yakin dengan sikap serta pendirian Si Khalid Gagap ni terhadap penguatkuasaan hukum - hukum Islam serta implikasinya terhadap umat Islam itu sendiri.

Dia pun sudah sedia maklum bahawa ketumbuhan pusat - pusat hiburan, kelab - kelab malam dan rumah - rumah urut di Selangor ni wujud macam cendawan baru tumbuh.

Maka persoalannya, adakah dia mampu untuk mengekang perkara ini daripada terus berleluasa atau dia hanya akan membutakan mata sahaja?

Kalau dia ambik tindakan, sokongan dari kaum DAPigs akan merosot. Populariti dia sebagai seorang pemimpin yang Liberal pun akan terjejas. 

Tapi kalau dia tak ambik tindakan pun orang tak boleh salahkan dia sebab parti dia bukan parti yang memperjuangkan Islam. 

Lain la kalau macam PAS yang kononnya kata diorang je pejuang Islam kat Malaysia ni. Nak jadi pejuang tapi portfolio orang tak bagi. Nampak sangat orang tak percaya yang diorang mampu memperjuangkan Islam!!! Buat malu muka je!!!
Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk memberi jalan pengoperasi kegiatan “tidak bermoral” terus berniaga walaupun ditentang masyarakat Muslim.
Ketua Perkasa itu mendakwa, Menteri Besar Selangor itu tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan tersebut menjelang pilihanraya yang kian muncul.
"In semua hanya kerana beliau hendak memastikan semua yang berkaitan isu Islam di Selangor akan dilunaskan hanya demi kepentingan politik .
"Sudah pasti pengoperasi (kegiatan tidak bermoral) yang tak puas hati. Saya tidak lihat sebab lain mengapa beliau harus mengambil alih portfolio hal ehwal Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pemimpin Melayu ini turut berkata, Datuk Dr Hasan Ali yang memegang portfolio tersebut sebelum ini,  digugurkan jawatan kerana mendatangkan perasaan marah pemilik premis perniagaan tempat-tempat hiburan, termasuk spa, pusat perjudian, dan kedai menjual alkohol.
"Itu tentu bertentangan dengan kepentingan politik Pakatan," katanya dan menambah bahawa Khalid akan menutup mata terhadap kegiatan-kegiatan seperti itu di negeri itu.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Taniah En Khalid , yg mengangkat diri sendiri untuk menjaga Hal Ehwal Islam.

    BalasPadam
  2. boleh ke galas tanggungjawab hal ehwal islam selangor? Tunggu dan lihat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping