Isnin, Januari 30, 2012


Ni lagi satu Mangkuk Ayun yang memang terkenal sebagai Mulut Longkang. Kalau dalam laman Twitter, dia bercakap macam dia sorang je yang bagus.

Tapi hakikatnya, dia sama je dengan mana - mana pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain. Banyak bercakap dan menipu rakyat.

Selain tu, kerja diorang ni jugak turut mempertikaikan semua tindakan Kerajaan dalam membantu rakyat. Yang diorang pulak, apa yang diorang buat?

Bila suruh diorang ni buat kerja, mula la diorang jadi tak tentu arah. Mula la diorang banyak bagi alasan dan sebagainya.

Kalau setakat pandai bercakap je, buat apa!!! Suruh budak sekolah pun diorang pandai nak bercakap!!! Rugi je rakyat pilih diorang ni jadi pemimpin, tapi buat kerja tak reti!!! Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
PETALING JAYA - Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar hari ini, sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.
Mereka memberitahu Bernama, Ahli Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.
"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Ahli Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya. - Bernama
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Dia hanya jaga kebajikan Anwar jer. Berapa banyak dia charge kos guaman Anwar sampai boleh hantar keluarga dia pergi bercuti ke Eropah berkali-kali.

    BalasPadam
  2. Nama pun K..... oling. Kalau tak manipu tak sah + pulak LOYAR = Apakak maknanya itu?

    BalasPadam
  3. Alah. Kat Kg Buah Pala pun mcm tu jugak. Siap ada rakaman YouTube Anwar janji nak selesai kes Buah Pala dlm tempoh sebulan kalau Pakatan Haprak menang di Penang. Lps tu habuk pun tarak!!

    NURUL IZZAH LEBIH SUKA SOKONG ISRAEL & GAY DARI MANGSA RIBUT LEMBAH PANTAI Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. ayoyoyo...ane, enna achi. Sivarasa wa, Tigarasa wa..Anwar ude cunni jaga wa, kami rumah ennachi? ade cik, podah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping