Isnin, Januari 02, 2012


Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM.

Ps: Macam mana diorang nak mendidik anak - anak bangsa kita dimasa akan datang sedangkan diorang sendiri pun tak de disiplin!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: , ,

7 ulasan:

  1. hmmm....ksian2...xtau nk ckp apela ttg dak2 demonstrate ni...sng cite dorg terpengaruh dgn pembangkang...so, nk cipta mslh nk tnjukkan kerajaan jahat...nt PRU 13 phk pmbgkg la mng...so, kerajaan kne pandai manage...sekumpulan pelajar U je berminat nk sertai bnde2 cmni...adam adli nya kes mcm kes sampah jer...

    BalasPadam
  2. petikan dr seorang yg thu me btul mane salah>>>>>> Ini bukan soal politik. Ini soal maruah pelajar. Untuk makluman saya hanya pelajar, saya tidak suka istilah mahasiswa. Saya belajar dan diajar maka saya berhak komen atas pendapat saya. Saya hanya lihat video dan bukan berada ditempat kejadian. Analisis hanya pada video. Tidak semestinya tepat.

    Di Jepun saya tidak pernah lihat ada politik di dalam kampus. Malah tiada istilah pilihanraya kampus. Masing-masing sibuk dengan hal belajar. Saya tidak pernah mengundi kecuali ketika di MRSM dahulu. Itupun tiada masalah disekat mana-mana pihak.

    Saya tidak tahu apa itu AUKU. Apa yang diperjuangkan? Saya hanya 2 tahun di UTM melakukan persediaan. Bebas sahaja nak buat apa-apa. Tiada sekatan. Yang kena sekat pun pakai selipar dan baju tidak berkolar. Itu memang silap saya tidak suka pakai kasut dah baju berkolar. Kenapa tak boleh? Halang kebebasan ke? Dulu saya tidak tahu sebab apa dan hanya menyusahkan. Tapi bila saya pakai kasut dan berkolar, baru saya tahu saya ini hensem rupanya. Ramai awek-awek terpikat. Undang-undang dicipta bukan saja-saja.

    Undang-undang agama kita kena patuh. Kalau Tuhan kata solat, kita solat. Ada kita bantah?
    Bisnes saya pun saya buat undang-undang sendiri. Kalau siapa yang tidak puas hati saya, jangan beli dengan saya.

    Analisis saya terhadap video

    1) Minit 0.27~1.00 peserta tidak ramai. Yang angkat tangan menyokong hanya sebilangan. Yang lain hanya menonton
    2) Minit 3.30 Kami bukan penjenayah? Kenapa pecahkan klinik pada minit ke 5.15? Adakah itu dinamakan kebebasan? Kalau nak protest , halal nak rosakkan harta awam? Itukah bakal guru anak-anak generasi hadapan?
    3) Minit ke 4.20 saya lihat 'mahasiswa' yang nak tumbuk polis.
    4) Minit 4.47 saya tak nampak polis pukul 'mahasiswa'
    5) Minit ke 6~ ada 'mahasiswa' berdarah tetapi tiada bukti polis yang buat

    Rasanya tidak perlu nak banding dengan negara lain seperti saya bandingkan diatas. Jepun lain Malaysia lain. Masing-masing ada acuan sendiri. Kalau negara kita tak bagi politik terima sahaja. Tetapi ada negara lain bagi pinjaman untuk belajar? Ada negara yang hantar rakyat belajar luar negara? Yang saya tahu di Asia hanya malaysia yang berbuat demikian. Tidak dinafikan ada juga negara yang sediakan pendidikan percuma tapi tahukah disana kadar cukai makanan mencecah 27%?

    Tidak mustahil suatu hari nanti pelajar tadika boleh lawan guru sebab tak puas hati undang-undang sekolah. Demi kebebasan. Ye la, nak lari kat koridor pon pun tak boleh. Nanti ketua kelas ambil nama. Sebab apa? Sebab taknak kasik jatuh je.

    Jika benar polis buat keganasan jangan kita ikut. Pecahkan harta awam? Panjat pagar? Ingat sejauh mana baik niat kita, jangan campur dengan keganasan. Sama la dengan polis kalau niat polis nak amankan keadaan jangan guna keganasan. Baru orang respek! Saya pun tak berapa suka dengan sebahagian anggota polis yang rasuah, yang tak buat kerja, dan dia sendiri buat jahat.

    'Mahasiswa' itu bakal cikgu. Dimasa akan datang kalau anak murid buat, dia akan beri alasan 'ala cikgu hari tu boleh buat, saya tengok kat youtube muka cikgu'. 'Saya pun nak kebebasan, sebab tu la fly panjat pagar.'

    Jom belajar!!

    Kalau malas belajar macam saya buat bisnes. Ada juga untung. Kalau pecahkan harta awam rugikan duit rakyat sahaja.

    Sekian..
    GDJ (Belum ada Datuk)

    BalasPadam
  3. budak2 kaldai ni adalah mahasiallll..

    BalasPadam
  4. Bukan mencari penyakit, mereka ini saja nak menambahkan penyakit. Polis, Pendakwa dan Hakim janganlah lagi berlembut. masuk lokap dan bila sabit masuk dalam Penjara. Orang yang tak boleh jaga diri eloklah mereka itu dijaga oleh anak-anak buah YDPA di mana-mana penjara yang sesuai.

    TNC pelajar janganlah tidak bertelor dalam mendisiplinkan anak-anak buah mereka yang lebih mahasewel dari mahasiswa!

    BalasPadam
  5. Asalamualaikum...Saya pelajar UPSI.Saya sangat kesal atas apa yg dh berlaku. Saya sayangkan UPSI dan saya nak habiskan pelajaran saya kt sini. Saya nak jadi cikgu. Adakah impian saya akan tercapai? Saya benci dengan tindakan sesetengah pelajar yg bodoh tu...ada otak tapi langsung tak tahu berfikir. Sia2 je mak bapak habis duit bagi belajar. Esok dh exam...bagilah pelajar2 lain exam dengan aman.
    I love UPSI.

    BalasPadam
  6. hmm.. ape la bebudak nih, mak bapak hantar ke universiti untuk belaja, bukan berpolitik n berdemonstrasi. bila la orang kita nak maju jika sibuk berpolitik. Ya ALLAH, jauhkanlah negara kami dari sebarang mara bahaya samada dari dalam mahupaun luar negara. AMIN.

    BalasPadam
  7. ada segelintir mahasiswa ingat dia besar nak buat demo macam arab,siap bg warning lagi hehehe lagaknya.tapi ingat aku yang muda ni kerja McDonald ni nak diam ke ko jahanamkan negara.aku pas spm pun boleh pikir doh!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping