Jumaat, Februari 24, 2012


Mungkin dah menjadi satu kebiasaan gamaknya dalam Malaysia ni. Asal nak berubah je, kena masuk PAS. Kalau nak mendalami Islam, kena masuk PAS.

Itu pandangan retorik bagi orang yang hanya mementingkan perjuangan Assobiyah yang didokongi oleh PAS sahaja sebenarnya.

Hakikat asalnya, PAS bukan Islam. PAS hanya sebuah parti Politik yang mempergunakan Islam sebagai agendanya bagi menggantikan perjuangan bangsa.

Seandainya seseorang tu nak berubah dan mendapat hidayah dari Allah, tak semestinya dia kena masuk PAS baru dia dapat hidayah.

Jangan jadi macam segelintir artis tu. Dah dapat hidayah, dia jadi lebih angkuh, sombong, riak dan ujub dengan hidayahnya sampai orang lain pun dianggap tidak setaraf.

Jadi, apa gunanya dia dapat hidayah kalau perangai dia tetap juga tak berubah malah menjadi lebih teruk dari sebelumnya? Tak salah kalau kita kata, Si Ana Rafali ni pun pakai tudung bukan sebab dia nak masuk PAS!!!
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.
Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.
"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain.
"Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.
Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.
Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping