Tahniah diucapkan kepada Si Khalid Gagap ni kerana layak menerima Anugerah Menteri Besar paling lembab dalam Malaysia.
Isu berkaitan dengan murtad ni dah lama dibangkitkan. Sejak bulan Ramadhan tahun lepas lagi. Jadi, menda jadahnya dia nak buat siasatan tu sekarang?
Bukan ke dulu dia dah suruh Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor buat siasatan berkaitan dengan DUMC?
Apa hasil dari siasatan tu? Mana laporan yang dia janji kata nak dedahkan kepada rakyat berkaitan dengan isu tersebut?
Sampai hari ni, jangan kata nak tengok laporan, bayang laporan tu pun tak nampak. Itu pun dia kata dia bagus sangat nak jaga Hal Ehwal Agama di Selangor?
Buat kerja pun lembab. Macam mana la dia boleh jadi Menteri Besar sampai hari ni? Tak heran la kalau ahli - ahli PKR sendiri pun nak dia berhenti. Rupanya, lembab tak sedar diri!!!
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diminta menjalankan siasatan mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, ini berikutan dakwaan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mewujudkan ketidakstabilan terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam khusus di Selangor.
Beliau yang juga Exco Agama Islam memberitahu bahawa kenyataan Hasan melibatkan tiga perkara iaitu kitab injil berkuasa solar, mubaligh Kristian berpakaian jubah memasuki masjid dan minum serta mandi air suci.
Namun tegas beliau, yang jelas dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti kukuh tetapi telah mula mewujudkan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk.
“Amat penting untuk Jais dan Mais menjalankan siasatan terperinci ke atas dakwaaan ini dan bertindak untuk keadilan semua pihak. Kerajaan Negeri juga akan berbincang dengan Mais dan Jais jika dakwaan tanpa bukti ini boleh dibiarkan berterusan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.