Isnin, Februari 06, 2012


Dalam salah satu komen yang dibuat oleh pengunjung blog Semut tadi mengatakan yang Tabung Haji ni mengalami kerugian sebanyak RM700 juta.

Bila melihat semula laporan yang disiarkan dalam Utusan hari ini, tak mustahil perkara tu boleh berlaku. Bila nama mereka yang layak tak tersenarai, macam mana Tabung Haji ni tak rugi.

Nama - nama tu jugak turut dijual kepada pengusaha - pengusaha yang buat pakej haji secara swasta. Tapi, tak semua la kot. Ada la segelintir tu sahaja.

Dan kebanyakkan pengusaha haji swastanni pulak terdiri dari kalangan orang disebelah sana jugak sebenarnya. Jadi, tak boleh nak disalahkan orang di Tabung Haji jugak dalam soal ni.

Cuma yang Semut nak tekankan disini ialah macam mana perkara tersebut boleh berlaku? Sepatutnya Lembaga Tabung Haji ni perlu 'up to date' dalam soal keselamatan ni. Dunia sekarang dah berubah. Jadi Lembaga Tabung Haji pun kena la ikut arus pembaharuan tersebut!!!

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan punca berlakunya sindiket ‘haji ekspres’ disebabkan sistem pangkalan data pengurusan jemaah Lembaga Tabung Haji (TH) yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Menurut sumber, kelemahan tersebut membolehkan pegawai yang menjaga sistem itu memasuk atau mengeluarkan mana-mana nama jemaah haji tanpa diketahui oleh pihak atasan.

“Siasatan kita dapati wujud kelemahan itu (sistem) kerana pihak TH tidak menggunakan ciri-ciri keselamatan seperti kod khas untuk mengubah data selain tidak boleh dipantau pihak atasan.

“Kelemahan itu memberi ruang untuk berlakunya penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket ‘haji ekspres’ dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai TH dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Menurut sumber itu lagi, kelemahan sistem pangkalan data sehingga berlakunya kegiatan sindiket ‘haji ekspres’ tersebut mirip dengan sindiket pengeluaran ‘lesen terbang’ yang dibongkar pihak berkuasa pada 2007.

“Bezanya sindiket ‘haji ekspres’ itu terpaksa menggunakan kuota orang lain yang benar-benar layak untuk menunaikan haji pada tahun tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan mendapati kebanyakan jemaah yang menggunakan ‘haji ekspres’ tidak menyedari kesalahan dilakukan kerana mereka berurusan dengan penceramah agama di masjid yang bergelar ustaz.

“Selepas ceramah ustaz-ustaz itu akan beritahu sedia tolong mereka yang ingin menunaikan haji segera. Jika ada yang berhajat, ustaz itu akan meminta nombor kad pengenalan dan kemudian memberinya kepada pegawai TH berkenaan.

“Selepas beberapa hari, individu tersebut diminta menyemak nama mereka atau waris di TH dan sekiranya ada, mereka diminta berjumpa dan membuat bayaran kepada ustaz itu dengan alasan untuk imbuhan kepada pegawai di TH,” jelasnya.

Sumber berkata, sehingga kini seramai 27 jemaah haji berkenaan telah dirakam keterangan untuk siasatan kes dan individu terlibat dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. siasat smua tabung haji, termasuk tabung haji kat sabah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping