Isnin, Februari 06, 2012


Sebelum ni, puas la Pak Berahim ni berjanji dengan rakyat di Negeri Pahang yang Pakatan Pembangkang akan berikan tanah kepada mereka.

Itu pun, kata Pak Berahim, KALAU Pakatan Pembangkang tu berjaya merampas Kerajaan Negeri Pahang dalam PRU yang akan datang.

Sekali datang pulak MB Pahang dengan berita berikut. Maka ternganga la Pak Berahim tu melihat yang janji dia sebelum ini hanya menjadi debu sahaja.

Itulah. Kot ye pun nak berjanji dengan rakyat, agak - agak la jugak. Jangan benda tak ada pun dia nak berjanji jugak !!! Kaji diri sendiri tu dulu sebelum nak buat apa - apa. Kan dah tak pasal - pasal je songeh!!! Baru Padan Muka Dia!!!
BENTONG 5 Feb. - Kerajaan negeri bersetuju meluluskan permohonan hak milik tapak rumah yang dimohon dalam tempoh lima tahun secara automatik.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagaimanapun syarat utamanya ialah tanah tersebut tidak bertindih permohonan atau terletak dalam kawasan rizab seperti hutan simpan, tadahan air, rizab kereta api dan sungai.
Katanya, mereka yang layak hanya perlu membayar premium 50 sen sekaki padu berbanding dahulu sekitar RM40,000 untuk setiap 0.4 hektar.
"Ia berkuat kuasa mulai pada tahun ini yang mana keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu.
"Selain itu kerajaan negeri turut bersetuju menghapus bayaran premium bagi pemilikan tapak rumah yang melanjutkan pajakan daripada 60 tahun kepada 99 tahun mulai tahun ini," kata Adnan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada lebih 800 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Pelangai kelmarin.
Menurut beliau, sebelum ini pemilik dikenakan bayaran premium yang agak tinggi namun kini ia dilupus dan diberikan secara percuma setelah tamat pajakan 60 tahun yang membabitkan semua pemilik tapak rumah sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
Adnan memberitahu, kerajaan negeri meluluskan keputusan tersebut kerana prihatin bagi membantu rakyat negeri ini mendapatkan tanah dan tapak rumah.
"Kerajaan negeri menerima terlalu banyak permohonan tanah daripada rakyat dan terpaksa menelitinya sebelum diluluskan.
"Jika kawasan dimohon itu bukan kawasan rizab atau permohonan tidak bertindih, kerajaan tetap meluluskannya," katanya.
Beliau menasihati rakyat negeri itu yang mendapat tanah atau tapak rumah agar tidak menjual tanah tersebut kerana matlamat utama kerajaan meluluskan tanah atau tapak rumah itu bagi membantu mereka memiliki harta dan tanah untuk menjamin masa depan keluarga.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Perjuangan Pak Berahim sudah tiba di penghujung nya.....dah lama daaah!

    BalasPadam
  2. itu la untungnya ada pembangkang yang kuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alasan ker justifikasi tu? atau saja cover malu?:-)

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping