Sabtu, Februari 25, 2012

PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle (Diana) berkata keadaan kesihatannya yang tidak beberapa stabil kebelakangan ini bukan disebabkan oleh dakwaan kononnya dia sedang sakit.
Sebaliknya Diana berkata ia berpunca daripada waktu rehat tidak menentu yang dilaluinya sejak kebelakangan ini.
"Saya akui tahap kesihatan saya tidak menentu kebelakangan ini. Ia berpunca daripada waktu tidur yang tidak tentu masa.
"Saya sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja menyebabkan rehat dan tidur juga tidak cukup," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Kekasih kepada aktor Farid Kamil ini berkata, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah sikapnya yang tidak suka mendapatkan rawatan doktor atau mengambil ubat.
"Masalahnya ialah sikap saya yang tidak mengambil berat kesihatan sendiri. Saya tidak suka berjumpa doktor atau ambil ubat melainkan apabila keadaan bertambah teruk.
"Sekarang pun saya sedang demam selesema sejak dua hari lalu dan masih keberatan untuk jumpa doktor, walaupun sudah didesak beberapa kali oleh Farid," katanya.
Dalam perkembangan lain, Diana berkata dia bakal terlibat dalam filem animasi tempatan terbaru berjudul Supertots The Movie bermula minggu hadapan.
"Saya akan memainkan salah satu watak utama bernama Elly dalam animasi itu. Proses memasukkan suara akan bermula pada minggu depan bersama pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Dafi dan Radhi Khalid," katanya.
Ps: Wah! Tak cukup tidur pun boleh mengakibatkan kesihatan terganggu juga ek. Nampak sangat la yang Si Diana ni banyak kerja.

Tapi, Si Ketua Penipu tu pun banyak jugak kerja. Sihat je. Tak de masalah pun bila balun Si Chinadoll tu. Tak la macam yang dia cakap masa dia balun Si Saiful.


Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu memang mengalami gangguan dalam kesihatannya. Cuma kita je yang tak nampak gangguan tersebut. Dalam kata mudahnya, Si Ketua Penipu tu sakit otak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. apasal la umno ni bela sgt artis ni..dah la jgn la nak samakan artis mentah ni dgn ketua pembangkang kertu ni pulak! n lah ciri2 di syria yg wujud di malaysia!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping