Sabtu, Februari 25, 2012


Semut tak pasti la sama ada Si Biawak ni boleh dikatakan berjaya atau tidak dalam sesi berdebat dengan Chua Soi Lek baru - baru ni.

Dah nama pun biawak, jadi macam mana kita nak pakai cakap dia? Dah tentu - tentu semuanya berbelit - belit belaka. Tak de satu pun yang betulnya.

Tambahan pulak, dia nak jawab soalan pun GAGAL. Inikan pulak kalau dia nak berdebat dengan orang lain. Dah tentu - tentu la dia GAGAL!!!
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih gagal menjawab 20 soalan mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara yang dikemukakan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Zainal Abidin berkata, daripada 25 soalan yang dikemukakan melalui laman sosial Twitter sejak beberapa  minggu lalu, Guan Eng hanya menjawab lima soalan, itu pun tidak menepati kehendak sebenar soalan.
“Setakat ini, dia hanya menjawab lima soalan saya, itu pun tidak memuaskan hati kerana jawapannya seolah-olah ada muslihat yang ingin disorokkan. Guan Eng perlu ‘gentleman’ dalam hal ini kerana rakyat berhak untuk mengetahui hal ini dengan lebih terperinci,” katanya.
Menurutnya, soalan yang dikemukakannya sejak tiga minggu lalu itu, antaranya ialah mengapa tanah itu dijual kepada pihak swasta dan tidak dijual kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedangkan ia mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam projek pembangunan selama ini.
“Dia (Guan Eng) tidak menjawab soalan kerana lain yang ditanya,lain yang dia jawab. Dia juga menuduh saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana tidak memahami kandungan surat yang dikeluarkan Ivory Properties serta menyindir supaya tanah itu dibeli Umno jika tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.
“Saya mendesak agar dia menjawab 20 soalan lagi dengan fakta dan bukannya penuh muslihat, berdolak-dalik serta cakap politik semata-mata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Zainal Abidin berkata, beliau mempunyai surat yang dikeluarkan Ivory Properties bertarikh 11 November 2011 yang menyebut bahawa tanah itu dimuktamadkan harganya melalui rundingan antara syarikat itu, Ketua Menteri yang diperbadankan serta PDC.
“Kenyataan ini bukan saya yang reka, tetapi ia tertera dalam dokumen berkenaan dan saya ada menyimpannya sebagai bukti.
"Oleh itu, saya minta Guan Eng menjawab semua 25 soalan berhubung isu tanah ini melalui twitter dengan baik dan bukannya cara berbelit-belit dan berdolak dalik," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping