KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.
Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding.
"Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau. "Mungkin dalam masa terdekat. Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan.
"Bulan depan (Februari) adalah masa yang sesuai. Mungkin akhir bulan Februari. Mungkin itu masa terbaik," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan awal minggu lalu.
Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.
"Ya, saya telah membuat keputusan. Dan, saya akan memaklumkan tapi saya belum maklumkan kepada parti. Saya akan maklumkan kepada parti," katanya lagi.
Ps: Bagus la kalau macam tu. Kalau dia nak balik bertanding kat tempat asal dia sendiri pun lagi baik dari dia buat semak kat tempat orang tak tentu pasal.
Yang Si Fuziah Thoron tu pulak macam mana? Bila dia nak pindah balik ke Batu Pahat? Duduk kat Kuantan pun buat kecoh je kerja dia. Bukannya dia nak membantu rakyat sangat pun.
Yang dia tau hanya memutar belitkan fakta dan memporak perandakan rakyat je. Itu je kerja yang dia tau buat pun. Bukannya dia nak memperjuangkan rakyat.
Nak kata dia ada bagi peluang pekerjaan untuk rakyat? Tak de jugak. Tapi bila pihak Kerajaan nak bagi bantuan kepada rakyat, diorang jugak yang beria - ia membantah.
Itu nak memperjuangkan rakyat menda kejadahnya! Setakat bercakap je pandai diorang ni sebenarnya. Bila suruh buat, macam - macam la alasan yang diorang bagi!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.