KUANTAN 5 Feb. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad hari ini menyeru agar pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini.
Baginda bertitah, setiap pemimpin walaupun berbeza fahaman politik perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
"Perpecahan di kalangan umat Islam menunjukkan satu situasi yang tidak sihat di dalam masyarakat.
"Jika ia dilaksanakan (perbincangan) ia akan menyejukkan hati umat Islam yang lain dan beta adalah orang yang paling bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang di sini hari ini.
Titah baginda, perpaduan di dalam umat Islam boleh dicapai jika umat Islam memperbetulkan kesilapan dan kembali kepada prinsip perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam.
"Ini selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul hari ini iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah."Budaya dendam kesumat, buruk sangka juga tak harus dibiarkan terus menular di dalam masyarakat Islam kerana ia akhirnya akan meruntuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri," titahnya.
Baginda bertitah, umat Islam perlu terus melakukan transformasi dari segi sahsiah dan ilmu dalam usaha memantapkan Islam dan memastikan ia terus relevan serta dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam.
"Harapan beta supaya Islam terus diperkasakan dan terus dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam.
"Semoga dengan transformasi sahsiah dan ilmu, Islam terus gemilang sepanjang zaman seperti yang pernah dikecapi empayar Islam satu ketika dulu," titah baginda. - BERNAMA
Ps: Semut menyokong penuh titah yang disampaikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang sempena Maulidur Rasul peringkat Negeri hari ini.
Sudah tiba masanya untuk umat Islam bersatu. Kalau asyik teruja nak membalas dendam pun tak ada gunanya. Sampai bila pun tak habis perbalahan diantara orang Islam ni.
Asyik sangat nak mempertikaikan itu dan ini, penyudahnya, tak ke mana jugak!!! Tapi kalau dah kerjanya asyik nak menipu rakyat je, pun tak jadi apa jugak.
Nak pulak kalau puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang jenis manusia yang taksub dengan pemimpin masing - masing dan sering membelakangkan usaha untuk membantu rakyat. Lagi la tak jadi apanya!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.