Wah!!! Bukan main lagi Si Wali Terompah ni ye. Berani dia sound Si Ketua Penipu tu agar mengambil tindakan terhadap Wall Street Journal.
Semua berkaitan dengan kenyataan menyokong keselamatan Israel yang dikeluarkan oleh majalah tersebut baru - baru ni.
Keputusan tu pulak dibuat secara bersama oleh Majlis Syura Ulama PAS supaya Si Wali Terompah tu hantar surat amaran kepada Si Ketua Penipu.
Kata Si Wali Terompah tu lagi, sekiranya dakwaan yang dibuat oleh WSJ tu tidak tepat, maka adalah wajar agar Si Ketua Penipu tu saman WSJ.
"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.
"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.
Tapi, takkan Si Wali Terompah tu hanya setakat nak suruh Si Ketua Penipu tu saman WSJ je kerana bagi maklumat kurang tepat.
Macam mana pulak dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa individu yang selama ni buat dakwaan terhadap Si Ketua Penipu tu?
Takkan nak dibiarkan sahaja dakwaan - dakwaan yang dibuat tu? Nak pulak isu yang didedahkan tu berkaitan dengan maruah diri dan keluarga Si Ketua Penipu tu sendiri.
Tak nak pulak dia bagi nasihat pasal benda tu. Lain la kalau Si Wali Terompah dan juga majlis syura tu rasa yang dakwaan tu semuanya benar belaka.
Tambah mengerikan lagi ialah kehadiran Si Wali Terompah ni dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bertambah geram la Si Mahfuz Bean bila dia tau pasal benda ni. Sebelum ni, beria - ia juga dia kecam Jamil Khir kerana gagal menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.