Rabu, Februari 08, 2012


Mungkin itulah yang menjadi keperluan dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ni. Soal akidah tak pernah disentuh.

Isu memurtadkan orang Islam tak pulak diendahkan. Malah soal akidah dan juga akhlak dikalangan umat Islam di Malaysia ni tak pulak diambil berat.

Apatah lagi nak berbicara soal perpaduan Ummah demi mengukuhkan Ukhwah Islamiah di Negara Malaysia ni.

Jadi, apa yang disibuk - sibukkan oleh PAS didalam Malaysia ini? Apa dia dasar perjuangan sebenar mereka? Nak menegakkan syiar Islam atau hanya nak berpolitik semata - mata?

Inilah persoalan yang tidak dapat dijelaskan oleh mana - mana pemimpin PAS sehingga ke hari ini. Bila orang pertikaikan mengenai halu tuju parti, dipecatnya orang tu.

Dah semakin jelas bahawa PAS yang ada hari ini bukan lagi sebuah parti yang nak terus memperjuangkan Islam. Sebaliknya, mereka lebih rakus untuk berkuasa.

Itulah hala tuju baru dalam PAS hari ini. Demi untuk mendapat kuasa, apa sahaja akan mereka lakukan termasuk la menghalalkan murtad dan seks diluar tabiie.

Mungkin sebab itu la Haji Hadi kata perarakan sempena penamaan calon ni lebih penting dari terus menyebarkan syiar Islam!!! Diorang bukan sibuk nak perjuangkan Islam pun sebenarnya!!! Islam tu dah jadi alat je bagi diorang!!!
KUALA LUMPUR, 9 Feb - PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (foto), menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.
“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi.
Ps: Yang herannya, benda tu nak pulak dia mintak agar dikekalkan. Kenapa benda lain kena ubah sedangkan bab perarakan ni tak perlu? Apa, perarakan bagi hari penamaan calon tu dah jadi sunnah pulak ke!!! 
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Bagus..perarakan Maulidur Rasul bidaah.

    perarakan penmaan calon tak pulak bidaah ye

    BalasPadam
  2. Mungkin mereka menganggap calon2 PAS tu lebih mulia dari Rasulullah...

    BalasPadam
  3. Yg jelas ... mereka ni bangkang ape saja org lain kate !!!

    BalasPadam
  4. munkin dalam senyap senyap pas nak tubuhkan sebuah negara demokrasi macam umno buat.kalau kita fikir secara lojik tak mungkin malaysia ni bolih wujudkan hukum islam sepenuhnya.kerana negara ni penduduknya berbilang kaum dan ugama.yang bukan islam sudah tentu tak setuju.pas pulak kalau bercakap semuanya berunsur islam tapi yang dibuatnya berunsur politik.dah tu pulak tuan guru nik aziz menyatakan politik dan quran sama ustad azhar idrus menyatakan tak sama.aku sokong ustad azhar kerana politik berputar belit alquran tidak.nampak sangat niatnya.apa pendapat kamu semua tentang komen aku ni.sila beri pendapat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping