Jumaat, Februari 17, 2012


Haduhai!!! Sepandai - pandai orang macam Datuk Dr. Hassan Ali ni, ada jugak dia bukan benda yang bukan - bukan. 

Kalau betul dia nak memperjuangkan isu akidah umat Islam yang selama ini dipinggirkan oleh PAS, jangan la dia buat benda yang tak masuk akal macam ni.

Ada ke dia nak tunggu kenyataan dari mulut parasit - parasi Anwarinas tu buat kenyataan berhubung sokongan Si Ketua Penipu tu terhadap Israel? Hilang akal ke apa?

Sampai mati pun diorang takkan keluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. Kalau keluar, diorang jugak yang akan kena 'Pancung'.

Lagi pun, soal sokong rejim Zionis ni apa la sangat. Yang Si Ketua Penipu tu liwat bekas Pembantu Peribadi dia pun diorang tak kata apa. Inikan pulak soal Israel.

Tu belum cabar diorang suruh nyatakan pendirian dan cabaran mengenai isu video seks lagi tu. Suruh diorang desak Si Ketua Penipu tu saman Datuk Eskay pun diorang tak mampu. Jadi, nak cari Kebenaran dan menegakkan Islam menda jadahnya kalau macam tu!!!
SHAH ALAM: Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali mencabar golongan ‘parasit’ dalam PAS memberikan kenyataan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Palestin-Israel.
Golongan parasit dalam PAS yang disifatkannya sebagai pemimpin yang menyokong agenda politik Anwar selama ini katanya sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh.
“Saya tunggu kenyataan golongan profesional yang menjadi parasit ini tapi nampaknya tiada seorang pun dalam PAS yang keluarkan kenyataan tentang Anwar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah satu perkara yang amat jarang ditimbulkan terutamanya apabila mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang.
Nik Aziz kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan tidak benar.
Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.
Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Pengakuan terbaharu penjilat tegar PAS dan PKR, Mohd Sayuti Omar (msomelayu):-

    PAKATAN AKAN KALAH KERANA KEBODOHAN SENDIRI - 15 FEBRUARI 2012

    "Bukankah Pas juga secara jelasnya mengharapkan bantuan PKR yang mana ketuanya Anwar untuk menang pilihan raya? Atau kalau Majlis Syura Ulamak Pas telah memfatwakan sesama sendiri kerjasama itu haram, maka nyatakan dengan jelas yang ia haram. Ini tidak... pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis inilah yang merosakkan Pas."

    Bukan UMNO yang cakap, bukan Perkasa cakap, bukan Hasan Ali cakap, tapi PARASIT PAS sendiri yang cakap bahawa PAS adalah parti "PAGI HARAM MALAM HALAL, SIANG MAKRUH" yang sudah roask.


    ALLAH HU AKBAR, ALLAH MAHA BESAR!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. kepada blogger, jom ke blog teman www.batu-gajah.blogspot.com. kepada semut htam, tolong link blog teman dengan blog tuan. teria kasih

    BalasPadam
  4. Sayuti cari makan ... dia pun dua kali lima juga... hari ini Pagi tentang, petang sokong...malam nanti berkecuali pulak ..

    Alahai dunia dah akhir zaman

    Kalau dah mursyidulnya nyanyok, penjilatnya apa lagi...

    BalasPadam
  5. Kita bersetuju untuk tidak bersetuju....

    BalasPadam
  6. kena setuju untuk tidak bersetuju.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping