Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.
Ps: Yang dok ada sekarang pun dah terasa menyesal sebab mengundi Si Khalid Gereja ni, nak harapkan orang lain pulak mengundi dia? Jangan harap la!!! Buat mengabihkan masa je kalau undi dia pun.
Dah la dia buat - buat buta je dengan masalah rakyat. Lepas tu buat tak tau je bila timbul isu murtad. Bila rampas arak dikawasan majoriti Melayu di tempat dia, bukannya dia nak tolong. Tolong tikam lagi, ada la!!!
Orang macam ni yang nak diharapkan untuk mempertahankan dan memperjuangkan Islam? Alamat hancur la Islam tu nanti sebab dia ni bukan tau apa - apa pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.