Mengikut mitos DAP, maruah seorang gadis Melayu dipertahankan oleh wira parti tersebut yang begitu sayang kepada kaum Melayu dan Muslim.
Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ditiduri 14 lelaki. Bapa gadis itu pula merelakan anaknya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.
Sehingga hari ini pun saya tidak mengetahui apa hal sebenarnya yang dibela Guan Eng.
Namun fakta hukuman penjara Guan Eng ibarat mantera keramat bagi penyokong DAP yang mengucapnya bagai ayat suci.
Ahli-ahli DAP bertanggapan pihak mereka semestinya murni dan mulia manakala pihak lawan adalah kotor, korup dan menjijikkan.
Politikus DAP ada yang menuduh blogger pro-Umno rendah akhlak (baca SINI),ada yang menuduh wartawan “pelacur” (SINI) dan ada yang tak putus-putus mencemuh perilaku seks Chua Soi Lek.
Seorang bekas pengarang Jackson Ng, misalnya, mendakwa Chua tidak layak bercakap tentang hudud serta memberi jolokan “zina Chua” kepada presiden MCA itu (SINI dan SINI) sementara Hannah Yeoh menyelar “penzina-penzina BN” (SINI) di perhimpunan agung DAP bulan lepas.
Semalam seorang wartawan ‘malaikat‘ – yakni penulis yang berakhlak tinggi di kacamata orang DAP – dalam rencananya ‘Corruption is the issue, not hudud‘ (Feb 15) menjangka Chua akan membangkitkan isu hudud dalam perbahasannya dengan Guan Eng pada Sabtu ini.
Baguslah kalau wartawan pro-Pakatan berpendapat bahawa hudud bukan isu.
Lagi bagus bila peminat Guan Eng sendiri yang menyerunya untuk menyatakan secara terus-terang bahawa DAP tidak membantah hudud serta tidak mempertikaikan undang-undang Islam itu.
Kini orang DAP kerap mengatakan mereka beserta ramai rakan-rakan Cina yang lain sudah memberi sokongan mantap kepada DAP untuk menyokong PAS supaya hukum-hukum hudud boleh dilaksanakan.
Kalau DAP menyetujui hudud, maka parti itu juga mempersetujui idea sesiapa yang bersabit kesalahan zina hendaklah disebat.
Dari segi teori, ini mungkin membabitkan gadis Melayu yang dulunya dibela Guan Eng itu.
Guan Eng sering dipuji kerana kononnya dia prihatin terhadap nasib seorang Melayu-Islam sampailah disumbat ke dalam penjara kerana keprihatinannya. Adakah waktu itu ‘Khalifah Umar Lim’ konsisten dalam menyokong hudud dan hukuman sebat untuk zina?
Kalau DAP sokong hudud, perkara apa yang sebenarnya dibela Guan Eng di Melaka dulu? - Olahan dari Blog Helen Ang.
Ps: Kan dah terperangkap diri sendiri. Jika benar DAPigs sokong perlaksanaan Hukum Hudud ni, maka mereka juga perlu bersetuju agar gadis yang dipenjarakan itu disebat.
Dan jika benar mereka setuju dengan Hukum Islam ini, maka mereka perlu menyatakan bantahan kepada PAS agar memasukkan Hukum tersebut didalam manifesto Pakatan.
Adakah itu yang mereka mahukan? Itulah. Kalau nak sokong sesiapa atau apa sahaja sekali pun, biar la kita ada ilmu dalam perkara tersebut. Jangan main ikut suka hati je!!! Nanti yang malu bukan orang lain. Diri sendiri jugak!!!
aku harap melayu melaka jangan percaya cakap lim guan eng nanti orang melayu melaka pasti menerima nasib macam orang melayu p.pinang.
BalasPadam