Khamis, Februari 02, 2012


Memang tak dapat dinafikan lagi, Si Zaid Al - Araki ni memang seorang Kaki Mabuk. Kalau pun dia tak mabuk arak, dia mabuk Kuasa.

Sekarang ni pulak dia mabuk dalam membuat pendirian. Meroyan tak tentu pasal. Hari tu, sibuk sangat nak rampas kuasa. Sekarang dah dia bantai nak bubarkan pulak.

Lepas dia 'Hijack' Parti KITA daripada Presiden dan pengasas parti tersebut beberapa ketika yang lalu, tiba - tiba pulak dia nak bubarkan parti tersebut.

Kata dia, tindakan tersebut adalah bagi menghalang beberapa pemimpin dalam parti KITA yang suka sangat mengkritik kepimpinan Pakatan Pembangkang.
Zaid berkata, keputusan itu terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).
Zaid juga berkata, beliau sedar sekarang bahawa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.
"Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.
"Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu," katanya lagi.
Ai! Nak kritik Pakatan Pembangkang tu pun tak boleh ke? Apa maksum sangat kepimpinan parti KITA tu sampai tak boleh nak dikritik?

Tambahan pulak, dia tak sedar ke yang dia sendiri pun dah kena tendang dek parti tu sebelum ini sebab mengkritik parti PKR?

Dah kalau kepimpinan Pakatan Pembangkang tu tak buat kerja, memang patut sangat la diorang tu ditegur dan dikritik oleh orang lain.

Ke mana perginya perjuangan Hak Kebebasan Bersuara yang dilaung - laungkan oleh Pakatan Pembangkang selama hari jika mereka rasa mereka tidak boleh dikritik?

Setakat cakap je nak memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara buat apa!!! Nak menipu rakyat je la kalau macam tu ye tak!!! Lagi pun, diorang bukan ada kerja lain nak dibuat pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping