Khamis, Februari 02, 2012


Harga saham syarikat perlombongan Australia, Lynas melonjak hari ini selepas Malaysia memberikan lampu hijau kepada pusat pemprosesan nadir bumi itu meneruskan operasinya meskipun timbul kebimbangan kemungkinan berlakunya pencemaran sisa radioaktif.


Loji yang hampir siap dibina di Gebeng, Kuantan itu akan menjadi antara kilang di luar dari China yang mampu memproses nadir bumi - galian yang digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi seperti peluru berpandu dan telefon bimbit.



Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia semalam mengumumkan lesen sementara untuk pusat itu mengendalikan operasinya bagi tempoh permulaan selama dua tahun tetapi berdasarkan syarat-syarat yang ketat.



Lembaga itu juga mengingatkan bahawa lesen berkenaan boleh digantung atau dibatalkan jika Lynas gagal mematuhi syarat-syarat pengendalian sisa radioaktif berbahaya yang lazimnya wujud dalam nadir bumi.



Saham Lynas hari ini melonjak hampir 20 peratus apabila didagangkan pagi ini pada harga A$1.60.



"Lynas mengiktiraf tanggungjawabnya kepada masyarakat untuk mengendalikan loji itu dengan cara yang selamat dan mampan," kata pengerusi eksekutif syarikat Nicholas Curtis ketika mengalu-alukan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia itu.

Ps: Tahan jugak la Lynas ada membantu rakyat di kawasan Gebeng ni. Nak harapkan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu, jangan mimpi la!!! Diorang tu setakat cakap dan mempertikai je boleh la!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Harga saham tinggi, sape yang untung, rakyat ke?.

    BalasPadam
  2. satu pengalaman & cabaran baru bagi malaysia terutama kpd pengamal2 keselamatan dan kesihatan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama berkata..5:19 PTG Rakyat dapat pekerjaan dan pendapatan hiliran dari itu. Semua negara yang buka pelaburan hanya dapat mengurangkan kadar penganguran dan pendapatan hiliran tidak kira Singapura, China , India, Uk atau Amerika sekali pun. Kerajaan dapat cukai dari pendapatan pekerja dll.
    Kalau nak cerita panjang lagi. Fikiran member ni macam pemikiran penasihat ekonomi bergaji RM1.

    BalasPadam
  4. malaysia la untung.... org x tau ekonomi memang bodoh,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping