Selasa, Februari 21, 2012

Dr Juanda Jaya 
KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada Selasa berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranyamenggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya Selasa, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.
Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.
Beliau turut mencadangkan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.
Ps: Bagi pengiat industri filem kat Malaysia ni, Semut nak jugak pesan. Kalau nak buat filem tu, buat la cerita yang berfaedah sikit.

Jangan setakat nak cari keuntungan je kerjanya. Yang penting, minda rakyat tu kena dibuka dengan info - info yang boleh membuka mata.

Kalau nak ikut trend orang luar, ikut la betul - betul. Diorang ada musim nak main cerita seram ni. Kat Malaysia ni, caca-marba. Main ikut suka je.

Kalau rasa genre cerita tu boleh buat keuntungan besar, balik - balik cerita tu je la yang nak dibuatnya. Itu je la cerita yang keluar dalam pawagam tiap - tiap bulan.

Jangan jadi macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Buat dakwaan yang bukan - bukan. Suruh tunjuk bukti, macam - macam pulak alasan diorang. Cakap pandai, buat mengabihkan air liur menda kejadahnya!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Adoi susahnya nak masuk komen. Bro mohon link blog kkamdias.blogspot.com.saya dah link tuan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping