Selasa, Februari 14, 2012


Bila membicarakan semula mengenai perkara ini, adalah menjadi satu perkara yang sangat mustahil buat Si Wali Terompah tu tak tau perkara ini.

Sebagai seorang yang dianggap Manusia Keramat dan Wali oleh sesetengah penyokong tegar dia, takkan Si Wali Terompah tu  tak tau hukum perkara ini?

Ianya berkaitan dengan sambutan Hari Suami Isteri yang dilancarkan oleh dia baru - baru ini. Walaupun perkara itu dianggap satu benda yang baik, tetapi ada juga buruknya.

Mustahil bagi dia untuk tidak mengetahui lansung bahawa perbuatan yang menyerupai orang kafir iaitu menyambut Hari Kekasih ni merupakan Syabbuh.

Hukumnya satu dosa besar kerana ianya begitu nyata dan sambutan itu merupakan perayaan bagi kaum Nasrani.

Adakah dengan hanya menukarkan nama sambutan itu sahaja sudah cukup untuk mengubah hukum yang termaktub didalam agama Islam?

Menurut Al - Lajnah Ad-Da'imah Lil Buhuts Al - 'Ilmiyah Wal Ifta' iaitu Lembaga Pengkajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi menjelaskan perbuatan itu perlu dijauhi.

Ianya sebagai langkah buat umat Islam menunjukkan ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Adalah diharamkan juga bagi setiap muslim untuk membantu menjayakan, baik dari segi menyediakan makanan, minuman, penjualan atau pembelian produk serta sebagainya.

Dan ianya adalah satu yang cukup mustahil bagi Si Wali Terompah tu untuk lupa firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Orang - orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali - kali akan bersetuju atau suka kepadamu, (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." - Surah Al - Baqarah, ayat 120 hinggan 122.
Kot ye pun nak tarik perhatian dan sokongan dari kalangan orang bukan Islam, jangan la perkara yang Syubhah ni pun nak dihalalkan jugak!!! Agak - agak la wei!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. nik ajiz ni pelingkup ISLAM...

    banyak fatwa sesat lagi haram dicipta dgn logik akal yg dah nyanyuk dia nie...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. suami isteri dan pasangan kekasih..sama ka tidak?pkir2 la..kalau suami isteri nk smbut pon, xde yg berdosa..kalau psangan kekasih nk smbut valentine day, penuh la hotel dibooking..pkir2 la..jgn kutuk ulama..6ti binasa..

    BalasPadam
  3. kalau nk buat blog, jgn aibkan maruah org..jahat atau baik seseorang itu,bukan berpihak kepada mana2 parti atau pun bahagian, tetapi sikap seseorang itu.. apa yg tok guru Nik Aziz buat tu, itu urusan antara dia dgn Allah.. kalau saudara ni btol2 mahu tegakkan kebenaran, bukan ini caranya.. saudara renung2 kan lah balik..betul ke apa yg sauadara dah lakukan..

    BalasPadam
  4. saudara sudah keterlaluan. bila nak mntak maaf agaknya? hari kekasih jelas tak sama dgn hari untuk suami isteri, siap pnggil wali termpah lg. jgn la biadap sgt

    BalasPadam
  5. paling tidak pun ilmu agama tok guru nik aziz tentu lebih tinggi dari saudara kan?

    BalasPadam
  6. bagi 1 dalil dari alquran yg mengatakan ALLAH yg maha besar itu berkawan dgn setan. Mana tok guru ni dapat info tu. Cuba tanya akal semua...ADE KELAS KAH SYAITAN sampai ALLAH nak berkawan dgn dia.? ALLAH MAHA BERKUASA DAN DIA YG MENCIPTA SYAITAN tapi Nikky Aziz kata ALLAH berkawan dgn syaitan. Sesungguhnya Nik Aziz telah merendahkan KEKUASSAN ALLAH ketahap yg paling rendah dan hina... Dia tak sedar akan perkara ini...sebab dia ingat semua yg dia cakap adalah betul.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping