Jumaat, Februari 03, 2012

Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama. Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai.

4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.

Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.

Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah. Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini. Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak.

Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.

Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!

Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!

Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit.

Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!
Ps: Kalau setakat nak bagi dua hengget, baik tak payah bagi. Kalau berjanji, nak bagi beribu - ribu. Tapi yang dapat, berabuk - rabuk, menda kejadahnya!!!!

Setakat janji mengabihkan air liur je boleh la diorang ni. Tapi bila suruh buat, Haram tak termampu dek diorang. Cakap pandai, buat kerja tak reti. Nak jadi pemimpin konon. Ceit!!! Pigidah!!! Lepas tu menipu rakyat. Itu je la kerja yang diorang tau buat pun!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. MP Lembah Pantai yang mempunyai berjuta2 hanya bagi dua ringgit je. Biar betul ...

    Sungguh menghinakan ...

    BalasPadam
  2. salam bro semut.

    rocky dari kelab chedet. mohon letakkan link di blog bro. link blog bro telah saya pautkan.

    Thanks bro

    http://minda-hijrah.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping