Bila Semut terbaca cerita dibawah ni, teringat pulak kisah Si Khalid Gereja ni dulu sewaktu Hassan Ali melarang penjualan arak dikawasan majoriti Melayu dekat Shah Alam.
Meroyan - royan dia menyokong Si Ronnie Liu tu dan meminta agar larangan tersebut ditarik semula sedangkan dia seorang pemimpin parti yang Kononnya memperjuangkan Islam.
Sekarang, isu yang sama telah ditimbulkan di Pulau Pinang. Dah tentu lepas ni Si Biawak tu akan mengamuk sebab ada cadangan seperti itu keluar.
Persoalannya, adakah Si Khalid Gerja tu akan turut serta menyokong larangan tersebut atau dia akan tetap menentangnya seperti yang pernah dia buat dekat Selangor hari tu?
Maklum la. Dia kan Parasit. Jadi tak mustahil la kalau dia sanggup untuk buat apa sahaja demi mendapatkan sokongan!!!
BUTTERWORTH: Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS) Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menguatkuasakan larangan penjualan arak di sekitar kawasan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada 7 Feb ini.
Pengerusinya G Shanmuganathan berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.
“Isu penjualan arak semasa sambutan Thaipusam bukan perkara baru, bila kita bangkitkan hal ini, pihak-pihak yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, persatuan kuil dan persatuan peniaga sempena perayaan itu tidak mahu bertanggungjawab serta saling menolak antara satu sama lain.
“Bagi kami, kerajaan negeri menerusi Lembaga Pentadbiran Hindu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan larangan berkenaan kerana mereka mempunyai kuasa terhadap perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan larangan berkenaan agar perkara- perkara yang tidak dingini seperti pergaduhan yang sering berlaku semasa perayaan berkenaan dapat ditangani.
“Kebanyakan anak muda yang minum cecair beralkohol itu gagal mengawal emosi akibat mabuk dan ini akan menganggu perjalanan perayaan Thaipusam,” katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.