KUANTAN – Remaja tidak seharusnya mengagungkan budaya luar hingga mendorong perubahan penampilan yang menjurus kepada kerosakan akidah.
Penceramah bebas, Ustaz Don Danial Don Biyajid al-Hafiz berkata, remaja sekarang lebih berminat untuk meniru penampilan selebriti luar serta menjadikan mereka sebagai idola berbanding mengikut sunnah Rasulullah SAW.
“Remaja seharusnya mengagungkan dan menjadikan peribadi Rasulullah SAW sebagai contoh untuk memimpin kehidupan yang lebih baik.
“Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Mereka malu untuk berpenampilan seperti Rasulullah SAW, tetapi bangga dengan penampilan selebriti luar yang kononnya lebih moden,” katanya.
Beliau ditemui ketika program Bicara Pemurnian Akidah dan Syariah (Persada), ‘Ketika Cinta Bertasbih’, di Dewan Utama Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas), semalam.
Ustaz Don berkata, bagi memupuk peribadi mulia bukan sekadar meniru penampilan Rasulullah SAW semata-mata, tetapi perlu mengamalkan sunnah baginda secara keseluruhan.
“Sunnah Rasullullah jika diamalkan, besar pahalanya. Ramai yang kata ia hanya sunat dilakukan, tetapi perkara sunat itulah yang menjadi bonus untuk kita ke syurga.
“Perkara wajib jika dilaksanakan belum tentu masuk syurga, tetapi jika ditinggalkan pasti akan ke neraka,” katanya.
Program yang dianjurkan sempena Maulidur Rasul itu dihadiri seramai 2,350 peserta yang terdiri daripada pelajar Kipsas, ahli Puspanita Pahang, Jaip, pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), pelajar sekolah menengah, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) serta orang ramai.
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan kisah-kisah Rasulullah SAW yang perlu dijadikan contoh bagi membina kehidupan yang lebih sempurna.
Ps: Bukan setakat golongan artis je yang tak boleh kita tiru. Perangai puak Yahudi tu pun kita tak boleh ikut jugak. Inikan pulak kalau nak jamin Keselamatan diorang.
Tapi, agak - agak korang, Si Ketua Penipu tu ikut ke dengan cara hidup orang barat ni? Kalau dia tak ikut, menda jadahnya dia tak ambik tindakan dalam isu berkaitan dengan kes video seks dia ni?
Sedangkan menjaga nama baik dan juga maruah keluarga tu pun merupakan satu perkara wajib, tapi tetap jugak dia tinggalkan!!! Takkan perkara semudah itu pun dia tak faham!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.