Nampak gayanya, teruk juga impak yang diterima oleh Pakatan Pembangkang ekoran kenyataan yang dibuat oleh Si Wali Terompah tu sebelum ini.
Ianya bukan sahaja memburukkan lagi keadaan serta imej Si Ketua Penipu tu. Malah tindakan itu juga membayangkan yang usaha Si Ketua Penipu tu jadi sia - sia belaka.
Dia beria - ia la pergi ke Qatar dan berjumpa dengan pemimpin Hamas bagi memperbetulkan semula imej yang sudah kian rabak tu.
Tapi semua tu ternyata tidak mampu untuk mengaburi mata puak - puak PAS lagi. Jadi, sebab itulah penyokong - penyokong dia naik angin dengan kenyataan Si Wali Terompah tu.
Itulah. Siapa suruh Si Ketua Penipu tu buat kerja yang bukan - bukan. Akibat kerana riak dan sombong, dah dia menyusahkan pulak puak - puak Parti kencing Rakyat tu. Sekarang, baru padan muka diorang!!!
Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.
Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.
Sumber itu juga memberitahu, penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.
Bagaimanapun bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.
Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.
Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.
Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri.
''Walaupun surat tersebut tidak ada signifikan dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya,'' kata penulis berkenaan.
Selain itu, penulis itu juga menegaskan, beliau tidak nampak keperluan Pas memberikan kata dua kepada Anwar.
''Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli Pas), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya,'' kata penulis tersebut. - Seterusnya, klik kat sini.
"Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri".
BalasPadamKalau nak kena tipu dan dibelit oleh Nuar, buatlah sepertimana yang disyorkan oleh blog tu.
"Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri."
BalasPadamHal yg sebenar dah keluar Dalam Wall Street Journal pun. Nak tanya apa lagi? Supaya dpt dengar Anwar buat alasan dan penafian???
Anwar lah yang patut datang ke kepimpinan tinggi Pas kerana Anwar telah dikira membuat satu kejutan.
BalasPadamLagi pun tak kanlah kepimpinan tinggi Pas hendak pergi cari Anwar. Entah di hotel mana pula Anwar berada.
Kepimpinan tinggi Pas pun nak jaga maruah mereka juga.