UMUM mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon utama drama rantaian Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak makin mekar berkembang.
Namun, sekitar dua minggu lalu timbul gosip mengatakan hubungan pasangan kekasih itu berantakan dan mereka kini sudah tidak lagi bersama.
Malah, jika diperhatikan laman sosial Twitter dan Facebook kedua-dua selebriti itu ibarat masing-masing tengah memendam rasa dan seolah-olah sedang berperang.
Menerusi laman sosial milik Tiz juga baru-baru ini ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang barangkali mempunyai makna tersirat.
Lebih memanaskan gosip tersebut, ada sumber yang memberitahu bahawa hubungan cinta mereka diputuskan oleh Remy sendiri kerana tidak tahan dengan sikap Tiz yang kuat cemburu serta beberapa faktor lain.
Kesempatan bersua dengan pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, ketika malam gala filem Cinta Kura-Kura di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini, hal putus cinta tersebut membuat dia diserbu wartawan hiburan yang hadir.
Kosmo!: Sejak kebelakangan ini, laman sosial milik Tiz dan Remy seolah-olah memberi petunjuk bahawa anda berdua kini sedang berperang. Apa komen Tiz?
Tiz: Saya sudah agak perkara ini pasti akan diajukan. Tapi sebenarnya ini semua mengarut! Semuanya adalah gosip semata-mata. Apa yang terpampang di laman sosial tiada kena mengena dalam hubungan kami.
Kosmo!: Jadi benarlah bahawa cerita itu sekadar khabar angin?
Tiz: Dakwaan itu tidak berasas. Inilah cabaran yang perlu kami lalui apabila sudah mendedahkan hubungan kami kepada khalayak. Orang sekeliling akan ternanti-nantikan perkembangan seterusnya.
Kosmo!: Jadi, bagaimana Tiz sifatkan hubungan antara anda dan Remy?
Tiz: Kami masih macam biasa, kalau masing-masing ada kelapangan waktu kami akan berjumpa.
Kosmo!: Bagaimana Tiz melihat spekulasi yang melanda hubungan kalian?
Tiz: Pernah dulu pun timbul juga gosip bahawa hubungan antara saya dan Remy putus. Ini bukan kali pertama. Saya pun sebenarnya sudah lali dengan cerita-cerita sebegini. Saya anggap gosip seperti ini tidak pernah wujud!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.