Jumaat, Mac 09, 2012


Tak seperti biasa, puak - puak Pakatan Pembangkang ni tak nak pulak salahkan pihak Kerajaan kerana mengakibatkan banjir di Ampang kelmarin.

Sedangkan bencana alam yang menimpa Fukushima dulu pun diorang salahkan pihak Kerajaan dan kaitkannya dengan kilang memproses nadir bumi di Gebeng.

Walaupun dah berulang kali dikatakan yang kilang tersebut tak de kaitan dengan reaktor Nuklear, tapi perkara tu masih juga jadi ratib dikalangan mereka.

Kita tak nak la jadi macam diorang kan. Cuma ada juga orang kaitkan yang banjir tersebut adalah akibat dari perlombongan pasir yang berleluasa di Selangor. Tapi itu kata orang. Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Banjir kilat di sekitar ibu negara pada Rabu berpunca daripada jumlah hujan yang tinggi berikutan hujan turun selama empat jam 45 minit mulai 6.45 petang, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berterusan sehingga 11.30 malam itu menyebabkan paras air di beberapa kawasan di sepanjang Sungai Klang mencecah paras amaran.
"Kesan hujan lebat itu mengakibatkan 15 kawasan dilanda banjir kilat apabila dinaiki air antara 0.3m dan 1.2m, kecuali di Kampung Periuk, Kampung Baru yang mencatat paras air sehingga 2.1m," katanya dalam kenyataan, Khamis.
Antara kawasan terlibat ialah Lorong Rhu Pertama dan Persiaran Madge di Ampang Hilir; Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Lorong Kiri 14 dan 15 serta Jalan Keramat 1 dan 2 di Datuk Keramat; Jalan Limau Kasturi, Bangsar; Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Melaka; dan Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama. Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Travers, Brickfields, Jalan Bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Munshi Abdullah.
Raja Nong Chik berkata, hanya satu kawasan melibatkan pemindahan sementara iaitu di Kampung Periuk, Kampung Baru yang dinaiki air sedalam 2.1 meter, dengan 784 penduduk melibatkan 174 keluarga dipindahkan ke dewan Kelab Sultan Sulaiman.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Ujian dari Allah kepada yang takbur, (dengan siapnya terowong SMART semua masaalah banjir diLembah Klang dapat diselesaikan).

    BalasPadam
  2. kepada Tanpa Nama 9 Mac 2012

    ujian Allah kepada yang takbur ???
    at least mereka ada usaha buat SMART. kalau mereka songlap duit n langsung x buat SMART. lu pikir la sendiri. direct nak mengata org. =P

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping