Ahad, Mac 25, 2012


Huh!!! Sedar pun diri. Ingatkan tak sedar lagi. Sekarang, memang dah sah dikalangan pemimpin PAS sendiri berlakunya penyalah-gunaan kuasa.

Cuma tinggal lagi, puak - puak Parti Angguk Saja ni hanya mendiamkan diri bila diorang tau wujudnya perkara sedemikian.

Kalau sebelum ini, diorang tuduh orang UMNO bertindak Assobiyah kerana membela dan melindungi keburukkan dikalangan kaum mereka sahaja.

Kini, dakwaan dan tuduhan itu terpalit pulak ke batang hidung mereka sendiri. Diorang sendiri pun kantoi mengamalkan Assobiyah!!! Tambah buruk ialah bila diorang sembunyikan perkara tersebut!!! Lagi la macam sial!!!
KOTA BHARU - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.
“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.
“Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita,” katanya. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. dato hasan ali tidak menjalankan tugas dengan baik semasa dalam pas.pas diam.apabila dato hasan ali dipecat dari pas dan berceramah sana sini baru le pas nak mendedahkannya.sepatutnya pas kena ambil tindakan tatatertib semasa dia dalam pas dulu baru betol.ini tak nak tunggu dia kena singkir barule nak main dedah dedah.inike yang dinamakan kerajaan islam.dalam islam tak ada cara ini semua.bolih jadi dato hasan nak ambil tindakan kes murtad pas tak kasi sebab tu lah dia tak buat apa apa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping