Hehehe!!! Memang lawak la perbalahan diantara Si Khalid Gagap dengan Si Azmin Ali ni. Makin hari, makin bertambah buruk pulak dah.
Si Azmin tu beria - ia la nak memburuk - burukkan imej Datuk Dr. Hassan Ali dalam sidang DUN dengan membuat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan.
Sekali Si Khalid Gagap tu dalam diam dah tikam Si Azmin ni dari belakang dengan mengatakan yang pihak Kerajaan tidak akan ambik apa - apa tindakan.
Mau tak songeh Si Azmin tu bila dia dapat tau cerita ni? Bukan orang BN yang tikam dia. Tapi sebaliknya pemimpin parti dia sendiri!!! Kalau dah dikalangan diorang pun boleh main tikam belakang, dengan orang lain, apatah lagi!!! Korang fikir la sendiri!!!
KUALA LANGAT - Kerajaan Negeri tidak akan ambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh boros guna peruntukan hampir RM300,000 untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan itu sudah dibincangkan sebelum ini dan ia mengikut tatacara ditetapkan Perbendaharaan, bagaimanapun sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
“Saya rasa tidak ada sebab (ambil tindakan terhadap Hasan) berhubung perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.
"Kita amalkan polisi ketelusan umpamanya saya kena bentangkan perbelanjaan dan penggunaan dalam Selangor, sudah tentulah orang boleh bangkitkan atau nyatakan apabila mereka lihat nilai tersebut,” katanya selepas merasmikan Muzium Insitu Jugra, di sini, semalam.
Jumaat lalu, Azmin dedahkan tiga isu melibatkan Hasan iaitu guna peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.
Menurutnya, pejabat Exco yang didakwa dibaik pulih itu merupakan bangunan baru kerana pejabat lama yang terletak berhampiran premis tersebut terlalu padat.
“Dia (Azmin) buat perbandingan dengan pejabat Menteri Besar sedia ada yang tidak diubah,” katanya.
Abdul Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai dua lagi dakwaan Azmin mengenai pembaziran Hasan melaksanakan program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan amalan tender terus yang dikaitkan dengan bekas Pesuruhjaya Pas itu.
Ditanya kemungkinan dakwaan terbabit menimbulkan kontroversi kerana pendedahan dibuat selepas Hasan dipecat daripada Pas, Abdul Khalid menyifatkan, tiada sebab untuk bangkitkan perkara itu kerana perbelanjaan itu sudah dibincangkan.
“Saya akan jawab beberapa soalan tentang berapa banyak ahli Exco guna wang untuk jalan ke luar negeri.Ahli Dewan boleh persoalkan sama ada perbelanjaan itu murah atau mahal kerana ia dibenarkan,” katanya.
Mengulas mengenai majlis perasmian muzium itu, Abdul Khalid berkata, seramai 1,500 pengunjung sudah melawat bangunan bersejarah berkenaan sejak ia dibuka kepada orang ramai dua bulan lalu.
Hadir sama, Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi serta Pengerusi Padat, Dr Shafie Abu Bakar.
Macam mana nak ambi tindakan, kes lain pun banyak!
BalasPadam