Khamis, Mac 29, 2012


Wah!!! Semakin hari, semakin ramai pulak dikalangan pemimpin Barisan Nasional berjaya memalukan Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Kalau sebelum ni, Si Ketua Penipu tu dah dimalukan oleh Ketua Pemuda UMNO apabila kenyataan dia dibaca dengan jelas dalam sidang dewan.

Apa yang disebut oleh Si Ketua Penipu tu dihadapan rakyat yang mendengar ceramah dia hanya petikan dari perenggan asal yang disiarkan dalam Asian Wall Street Journal.

Perkataan 'Contingent' yang diulang - ulang oleh Si Ketua Penipu tu hanyalah sebagai lapik kepada kenyataan sebelumnya, iaitu dia Jamin Keselamatan Israel.

Dalam perenggan itu, kata Khairy Jamaluddin, ada dua keadaan yang berbeza. Hasil dari isu itu telah membuatkan Si Ketua Penipu tu menjadi emosi.

Seterusnya, dia mula menyerang peribadi Khairy dengan mengaitkan beberapa isu lain yang jelas lari dari tajuk. Nampak sangat la dia dah tak de idea nak berhujah.

Sekarang, giliran Ahli Parlimen dari Kota Belud pula bangkit memalukan Si Ketua Penipu tu sampai dia terus terdiam dan cuba menegakkan benang yang basah.

Jika benar Si Ketua Penipu tu tak menyokong Israel, kenapa dia tak saman AWSJ? Berani tak dia sahut cabaran supaya dia kecam Israel secara terang - terangan?

Nah!!! Itu je kerja yang perlu dia buat. Bukannya susah sangat. Nak panggil media asing bukan susah. Dia pun tahu macam mana nak panggil mereka.

Kalau tidak, menda jadahnya dia sibuk - sibuk nak suruh media asing buat liputan sewaktu Pilihan Raya kelak!!! Kita tengok, berani tak dia nak buat tindakan mengecam Israel dipentas antarabangsa. Kalau setakat cakap buat mengabihkan air liur je buat apa!!!
KUALA LUMPUR 28 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen. 
Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'. 
Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu. 
Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping