Nah!!! Ini satu lagi penipuan yang telah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu kepada rakyat Malaysia. Dan penipuan tu dilakukan secara terang - terangan.
Punya tak malunya diorang ye tak. Kalau bercakap depan orang ramai bukan main lagi berdegar - degar. Macam nak runtuh langit dibuatnya.
Tapi, hakikatnya, diorang la manusia yang paling takut nak menghadapi Pilihan Raya Umum. Bukan sebab apa. Semuanya tahu yang diorang bakal kehilangan kuasa.
Kalau tidak, kenapa sampai sekarang diorang masih tak dapat nak tentukan sama ada nak membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Parlimen atau tidak.
Tu semua bukti jelas yang diorang ni memang Penakut!!! Buat malu je pilih orang yang Pengecut macam ni!!! Dah la Penakut, kuat menipu pulak tu. Lagi la macam sial!!!
KUALA LUMPUR - Mesyuarat pemimpin tertinggi pakatan pembangkang hari ini masih gagal mencapai kata putus sama ada mahu menyertai pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diterajui mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu masih dibincangkan dengan kepimpinan negeri-negeri memandangkan terdapat perbezaan pendapat dalam perkara itu.
"Kita masih bincang dengan negeri-negeri mengenai perkara ini. Ada yang berpandangan kita patut adakan berserentak dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Pakatan pembangkang yang merangkumi Parti Keadilan Rakyat-DAP-PAS membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas pilihan raya umum 2008.
Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.
Salam tuan blog elitis, mohon pautksn link mukapetang(dot)com. Link SH sudah kami pautkan di laman kami. Terima kasih dan salam perjuangan dari bumi kenyalang
BalasPadam