Sabtu, Mac 24, 2012


Wakakaka!!! Memang lawak gila bila baca komen yang diberikan oleh Haji Hadi ni mengenai hasrat PKR untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Dia dengan jelas telah menyindir parti tersebut kerana berangan - angan nak merebut kerusi lebih di Terengganu iaitu sebanyak 11 kerusi DUN.

Hasrat PKR tu telah dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Negeri, Si Azan Ismail, Ahli Parlimen sesat dari Inderamahkota.

Kata Haji Hadi, dalam Pilihan Raya ni, setiap calon perlu dilihat dari pelbagai aspek. Bukan boleh main letak je sesuka hati.

Mungkin Si Azan ni ingat pengundi sekarang ni macam dia masa bertanding di Indera Mahkota hari tu agaknya. Dia tak sedar yang pengundi sekarang ni dah bijak.

Dah la PKR tu parti yang datang menumpang di Terengganu. Ada hati pulak nak bertanding kerusi lebih di Negeri orang. Memang sah diorang ni dasar tak sedar diri. Sebab tu la Haji Hadi anggap diorang ni macam pelarian Somalia!!! Hahaha...
MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar “berpengaruh dan layak” untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti. Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.
Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini,  bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi  Dewan Undangan Negeri  dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari ‘Somalia’.
“Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh. Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan,” kata beliau. - Sumber
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. SAH la PKR=Parti Kian Rakus. Rakus saangat, semua di nak sapu.

    BalasPadam
  2. hj hadi jangan cakap lepas aja,disergah dgn anwar kang jadi gagap semua ok je,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping