Sabtu, Mac 24, 2012


Nampak gayanya, isu penahanan dua orang petugas di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai baru - baru ni masih belum selesai. Masih banyak lagi persoalan yang timbul.

Perkara tersebut dibangkitkan sendiri oleh Setiausaha Politik Si Nurul Izzah ni dalam laman twitter milik dia sebelum ini. Meh kita tengok, apa yang dia pertikaikan:

Apa yang jelas, Setiausaha Politik Si Nurul Izzah ni betul - betul berang bila dia dapat tahu yang pihak Polis masih lagi menahan dua orang petugas tersebut.

Tapi, dalam kemarahan tu, dia secara tak sengajanya telah membuktikan kebodohan diri dia sendiri kepada masyarakat umum.

Apa sahaja yang berlaku, dia pasti akan tuduh UMNO menjadi dalang sedangkan dia tak de bukti nak kaitkan perkara tersebut. Ke dia memang dah terikut cara Si Rafizi tu sebar fitnah?

Kalau betul dia ada bukti mengaitkan UMNO dalam usaha menahan kedua - dua petugas Pejabat MP Lembah Pantai, kenapa sampai hari ni Nurul Izzah tak ambik tindakan?

Usaha menahan kedua - dua orang petugas tu dibuat sendiri oleh penduduk dikawasan Jalan Riong. Bukannya dibuat oleh UMNO.

Sebaliknya, Si Fahmi ni menuduh UMNO juga menjadi dalang agar pihak Rukun Tetangga tersebut membuat laporan Polis.

Sebenarnya, tak kira siapa pun yang buat laporan tersebut, ianya adalah satu tindakan yang wajar. Takkan dia tak tahu tindakan menyamar sebagai kakitangan awam ni satu kesalahan?

Kalau ianya bukan kesalahan, senang sangat la orang nak menyamar jadi kakitangan awam ni. Tambah memalukan ialah apabila Si Nurul Izzah tu sendiri yang membenarkannya.


Dia mengakui yang dia sendiri mengeluarkan arahan melalui surat untuk kedua - dua petugas itu menyamar sebagai kakitangan SPR. Tindakan itu juga boleh disabitkan sebagai bersubahat.

Persoalannya, kenapa Si Nurul Izzah tu nak dua orang petugas ni menyamar sebagai pegawai SPR dan menjalankan kerja dikawasan tersebut? Perkara itu masih GAGAL dijelaskan.

Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah ni ada agenda dia sendiri yang telah membuatkan dia terdiam membisu dalam isu ni. Jelas, dia memang tak boleh nak dipercayai lansung. Dah la buat kerja pun tak reti. Lagi nak suruh petugas dia menipu? Apa jadahnya dia jadi wakil rakyat kalau dah itu je yang dia tau buat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping