Harakahdaily dalam edisi Bahasa Inggeris pada 19 Mac 2012 dalam satu artikelnya, cuba memberi gambaran seolah-olah Si Ketua Penipu tu telah mengambil pendirian tegas.
Ianya sama seperti Imran Khan yang memboikot keseluruhan acara India Today Conclave 2012 (ITC 2012) yang turut melibatkan penyertaan penulis kontroversi, Salman Rushdie.
Kata penulis harakahdaily, Si Ketua Penipu tu menyertai Imran Khan menjauhkan diri dari menyertai forum ITC 2012.
Mar 19: Opposition Leader Anwar Ibrahim, who was in New Delhi, became the latest Muslim leader to stay away from a weekend forum in the Indian capital due to the participation of blasphemous British-Indian writer Salman Rushdie. - SumberBunyinya konfiden sungguh, macamlah Si Ketua Penipu tu langsung tidak menempelkan dirinya sambil senyum-senyum kambing dalam majlis ITC 2012 tu.
Realitinya, wujud perbezaan nyata antara tindakan dua pemimpin politik terbabit. Si anu seorang tu macam biasa gemar bermain silat kata dan silap mata, manakala seorang lagi sejak dari awal istiqamah menjauhkan diri dari forum tersebut.
Si Ketua Penipu tu tetap hadir ke ITC 2012 sekalipun tentatif program tersebut mengesahkan kehadiran penulis buku The Satanic Verses, Salman Rushdie.
Bukannya menjauhkan diri macam dakwaan harakahdaily. Malah Si Ketua Penipu tu sebaliknya pernah mengidolakan Si Salman Rushdie ni jugak.
Manakala Imran Khan, bekas pemain kriket Pakistan dan kini mengetuai parti pembangkang Tehreek-e-Insaf tegas memboikot keseluruhan acara tersebut.
Apabila Harakahdaily cuba membina gambaran positif dalam minda pembacanya, itu tandanya ada sesuatu yang bergelodak bermain dalam kepala pimpinan PAS.
Tak sukar untuk kita andaikan, PAS sebenarnya tertekan dengan penglibatan langsung Anwar bersama Salman Satanic dalam menjayakan acara ITC 2012 itu.
Tapi memandangkan pilihanraya umum pun dah dekat sangat, mahu tidak mahu hanya kaedah putar belit saja yang mampu dilakukan sekarang, sekurang-kurangnya penyokong bawahannya masih lagi selesa berfikir macam katak bawah tempurung!!!
Di takuti indah khabar dari rupa.
BalasPadam