KHABAR angin mengatakan penyanyi dan pelakon, Jennifer Lopez akan berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 24 tahun iaitu Casper Smart adalah ternyata palsu.
Berita itu tersebar apabila pereka fesyen terkenal iaitu Roberto Cavalli dikatakan telah meninggalkan status menerusi Twitter miliknya mengenai perkahwinan tersebut.
Dalam status tersebut, Cavalli dikatakan telah menulis "Jennifer Lopez menelefon saya dan meminta untuk melakar baju istimewa untuk perkahwinannya! Warna apa? Ada cadangan?"
Bagaimanapun, Cavalli berkata dia tidak pernah meninggalkan pesanan itu di Twitter dan mendakwa ada pihak telah menceroboh akaunnya.
"Saya tidak pernah menulis status itu di Twitter dan apa yang saya katakan ini adalah benar," ujarnya.
Bagaimanapun jika berita itu benar, Casper akan menjadi suami ke empat J-Lo.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.