Rabu, Mac 28, 2012


Ini satu persoalan yang agak pelik bila ianya ditanya didalam sidang Dewan Parlimen hari ini. Ada pihak mempersoalkan tindakan JAKIM.

Kononnya, mereka menuduh pihak JAKIM cuba memberikan penerangan mengenai Islam kepada beberapa NGO Bukan Islam di Malaysia ni.
KUALA LUMPUR -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak terlibat dalam aktiviti berkaitan hubungan antara agama dan penjelasan tentang Islam kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata sebaliknya peranan itu dilaksanakan oleh badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam bukan kerajaan termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

"Peranan menerangkan prinsip-prinsip keadilan Islam di kalangan bukan Islam dilaksanakan Ikim, sesuai dengan fungsi penubuhannnya iaitu meningkatkan kefahaman Islam kepada umat Islam dan bukan Islam dengan menjelaskan nilai-nilai dalam kehidupan Islam dalam kehidupan manusia.

"Bagitu juga Yadim, ia mempunyai misi yang jelas bagi menjana kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam dan mempromosikan silaturrahim sesama ummah dan masyarakat bukan Islam," katanya menjawab soalan Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang ingin tahu sejauh mana Jakim memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip Islam dan apakah hasilnya.  
Persoalan pertama yang muncul dalam kepala otak Semut ialah, adakah ianya salah jika mereka benar bertindak sedemikian? Kenapa pulak perlu dihalang JAKIM memberi penjelasan tu?

Bukankah Islam dianggap sebagai agama rasmi didalam Malaysia dan juga menurut Perlembagaan Negara? Jadi, dimana salahnya jika benar perkara tu berlaku?

Rasanya tak salah. Sebab sebelum ni pun, di Selangor gerakan yang seumpama itu pun timbul jugak. Tapi bukan Islam yang bagi penerangan.

Sebaliknya pihak DUMC yang cuba untuk mentarbiah orang Islam agar mereka menyertai agama yang dianutinya. Tapi, tak pulak perkara tu berbangkit dalam sidang Parlimen.

Dan persoalan seterusnya, kenapa tak de dikalangan pemimpin PAS yang bangkit untuk membantah soalan yang diajukan tu terlebih dahulu?

Bukan ke itu tujuan dan dasar perjuangan PAS selama hari ini? Mereka pernah memberi alasan bahawa tujuan berkawan dengan DAPigs adalah untuk menjelaskan mengenai Islam.

Jadi, tidakkah perkara itu sama dengan tuduhan pihak tertentu terhadap JAKIM? Tinggal lagi, kenapa orang yang bertanya tu tak ajukan soalan tu kepada PAS?

Nampak sangat sekarang ni memang ada agenda untuk mempertikaikan kedaulatan agama Islam didalam Malaysia. Cuma orang Islam je yang tak nampak.

Dan yang paling menyedihkan ialah apabila puak - puak yang KONONnya nak memperjuangkan Islam tu sendiri hanya mampu menutup mata. Jadi menda jadahnya yang diorang nak kata yang diorang ni pejuang Islam!!! 
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. salam, sy sudah follow & linkkan blog anda di blog sy. Mohon tuan blog yg dihormati follow back blog sy http://merahmato.blogspot.com & link ke blog tuan. Tks

    BalasPadam
  2. dari dulu lagi umat islam malaysia mengamalkan islam fardu ain[mengislamkan diri sendiri].kerana negara ini raayatnya bermajmuk[berbagai ugama].sebab itulah hukum hudud tak dapat dilaksanakan.kerana raayat yang bukan islam tak terima hukum ini.jadi apa yang dilakukan olih badan badan tertentu itu mengikut landasan fardu ain adalah betul dan penjelasan datok dr mashitah ibrahim adalah tepat.pas tahu perkara tapi disembunyikannya kerana muslihat politiknya.

    BalasPadam
  3. PAS cuma tau maki hamun dr mashitah ibrahim je. yg gampang pasal PAS ni maki hamun tau tapi tak bagi pendapat yg boleh digunapakai. maki hamun tu utk apa??? kalau pikiran dah mcm gampang yang kluar darp mulut dah tentu lagi SIAL....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping