Rabu, Mac 28, 2012



Kalau korang nak tau, inilah sebab sebenar kenapa Timbalan Pesuruhjaya PAS, Si Phahrolrazi jadi meroyan tak tentu arah baru - baru ni di Kedah.

Dia bukan hanya kecewa bila nama dia tidak tersenarai dalam jawatan Exco Kerajaan Negeri. Bukan juga hanya sebab dia akan kehilangan kuasa.

Tapi, sebab dia takut yang nama dia juga akan turut gugur dari senarai calon bagi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Perkara tersebut jelas apabila Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri menyatakan bahawa wujud kemungkinan calon yang memang tak disenarai kembali.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)ke-12 tidak dipilih bertanding pada PRU ke-13.
Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.
"Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi... mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Rabu.
Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.
Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkata beliau tidak mengetahui spekulasi bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa akan bertanding di Kedah pada PRU kali ini.
"...kita dalam PAS tak ada masalah. Sesiapa saja yang dicalonkan boleh bertanding di mana sahaja," katanya.
Beliau berkata pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah diselesaikan mengikut formula PRU 2008, kecuali sedikit masalah membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sekarang korang boleh tengok macam mana PAS berubah didepan mata korang sendiri. Kalau la nama Si Phahrolrazi tu tak tersenarai, tentu akan ada perkara lain yang berlaku.

Percayalah sebab PAS sekarang dah tak macam PAS dulu. Kalau dulu, dalam PAS ni nak suruh bertanding pun diorang bertolak - tolak.

Masing - masing tahu betapa beratnya nak pikul amanah menjaga rakyat. Tapi sekarang, sifat tu dah tak wujud dikalangan pemimpin mereka.

Sekarang, kalau tak dapat bertanding, mula la diorang meroyan tak tentu arah. Dah menang Pilihan Raya pun, masih jugak tak puas hati. Nak jugak jadi Exco.

kalau tak dapat jadi Exco, maka jadi la mereka macam Si Bahlolrazi ni. GILA KUASA tak tentu arah!!! Mana pergi semangat Fisabilillah dia? Dah dicampak dalam tong sampah ke!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping