Kalau sebelum ni, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Azmin Ali terhadap Datuk Dr. Hassan Ali telah dijawab oleh Menteri Besar Selangor, Si Khalid Gagap.
Mungkin, cabaran yang dilakukan oleh Datuk Dr. Hassan ini juga merupakan diantara strategi Khalid Gagap untuk memalukan Si Azmin.
Siapa tahu ye tak? Diorang kan memang tak sebulu. Jadi, kita tunggu je la jawapan dari Si Azmin Ali tu mengenai cabaran yang diutarakan oleh Hassan Ali ni.
Jangan dia setakat tau nak tebas orang je kerjanya!!! Sekali bila dia yang kena tebas, mau terduduk dia!!! Takkan dia setakat berani nak tuduh orang je kot!!!
PETALING JAYA - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain.
Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.
Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.
Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.
“Saya telah menjawab segala tohmahan Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon mengenainya,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.
Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.
Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.
Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.
“Banyak pihak yakin selagi dia (Azmin) tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihat Yang Berhormat menutup mulut sahaja dan lebih sesuai untuk mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain,” katanya.
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.